eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
tips-mencipta-nama-domain-perniagaan-yang-cantik-menarik-bisnes-kedai-brand

Bagaimanakan mencipta dan memilih  nama domain untuk website perniagaan anda? Bagaimanakah menjadikannya supaya cantik dan menarik. Nama domain adalah digunakan sebagai alamat sesuatu website atau laman web. Ianya amat penting sekali bagi menjadikannya sebagai brand atau jenama bisnes atau perniagaan yang kita jalankan. Nama domain boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu brand (jenama) atau keywords (kata kunci).

Jika ianya adalah jenis brand atau jenama, kita tidak perlu melihat sangat daripada segi kekuatan SEO (Search Engine Optimization) untuk perniagaan tersebut. Antara brand yang digunakan adalah seperti nama individu atau pun nama syarikat. Anda boleh melihat contohnya di bawah ini:

  1. Aridztech
  2. Aridz Ridzuan
  3. ATC Putrawalk
  4. Ikin Ikirdz
  5. Ikirdz Beauty Cetre

Anda mungkin dapati tiada orang yang akan mencari di Google tentang perkara di atas. Ianya belum terkenal lagi. Oleh itu, kerja kita adalah untuk menaikkan brand atau jenama ini.

Jika kita ingin lihat apakah contoh untuk nama domain berdasarkan kata kunci pula, boleh rujuk di bawah :

  1. Kursus WordPress
  2. Kursus Fotografi
  3. Kelas Belajar Makeup
  4. Cili Fertigasi
  5. Kedai Kek Murah Sedap
  6. Kereta Mewah Murah
  7. Towing truck

Jika anda melihat senarai keywords di atas, ianya adalah perkataan – perkataan yang orang akan Google. Jadi, apakah keywords yang orang akan Google dan anda mahukan website anda naik di tempat teratas?

Oleh itu, di bawah ini saya sertakan beberapa panduan untuk mendapatkan atau mencipta nama domain yang terbaik.

  1. Jangan terlampau panjang. Antara domain terbaik ialah dua hingga tujuh suku kata perkataan sahaja.
  2. Apabila disebut, orang boleh eja tanpa risiko kesilapan ejaaan.
  3. Nama domain yang mudah diingat dengan laras bahasa untuk semua orang.
  4. Sesuaikan nama domain dengan peringkat nasional atau antarabangsa.
  5. Buat research dahulu di Google trends untuk memilih nama domain keywords yang dapat carian tinggi.
  6. Seeloknya nama domain ini adalah relevant untuk sepanjang masa.
  7. Jangan guna nama domain yang mempunyai keywords yang sensitif.

Itulah beberapa tips untuk mendapatkan nama domain perniagaan yang cantik dan menarik. Jumpa lagi!

Facebook Comments

Similar Posts