bunuh-diri-homicide-pandemik-covid-19-hidup-mati-susah-hati-masalah-kewangan-duit

Facebook Comments

Kegiatan membunuh diri menjadi semakin meningkat di masa pandemik covid-19 melanda. Terdapat beberapa peristiwa membunuh diri telah dilaporkan di dalam akhbar yang berlaku di dalam negara dan luar negara. Mereka ini disyaki mempunyai masalah mental sehingga tidak dapat berfikiran dengan waras dengan masalah yang hadir semasa Covid-19. Masalah ekonomi apabila diberhentikan kerja, tidak ada punca pendapatan apabila perniagaan tersekat dan gagal membayar hutang semasa seperti seperti hutang rumah, kereta, peribadi, kad kredit dan pelbagai lagi. Oleh itu, kita mestilah sentiasa berwaspada dengan memiliki pendapatan extra yang boleh menyara pendapatan semasa masalah seperti pandemik ini berlaku.


Pekerja Malaysia di Singapura maut terjun apartmen

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, maut selepas terjun dari tingkat lapan sebuah apartmen di republik itu, dua hari lalu.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah kerja di samping merindui keluarganya, selepas terkandas di Singapura hampir lapan bulan.Kisah lelaki berkenaan yang terjun dari apartmen tempat tinggalnya itu tular di akaun Facebook rakyat Malaysia bekerja di Singapura, sejak semalam.

Menurut sumber pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura yang enggan dikenali, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat kurier di republik berkenaan dipercayai menghadapi tekanan hidup kerana bukan sahaja terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarganya, malah bebanan kerja yang bertambah susulan wabak COVID-19.

“Lelaki itu sudah beberapa kali mengadu dengan isterinya yang dia tertekan di tempat kerja. Namun dia tidak pula menunjukkan sebarang perubahan sikap setiap kali membuat panggilan secara video dengan isterinya kerana dilihat sentiasa ceria, selain selalu mengungkapkan kata rindu dan tidak sabar bertemu isteri dan anaknya.

“Dia juga ada memaklumkan sedang membuat persiapan pulang ke Johor Bahru dalam masa 10 hari lagi menerusi inisiatif Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), namun berita dia terjun dari apartmentnya dua hari lalu sangat mengejutkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mangsa berjauhan dengan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun hampir 8 bulan lalu susulan penutupan pintu sempadan Malaysia-Singapura. Mangsa meninggalkan isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Petugas Khas Pekerja Malaysia-Malaysia (PEMAS), S Dayalan, berkata pihaknya berharap kerajaan Pusat dan negeri membuat siasatan menyeluruh susulan kejadian kes bunuh diri membabitkan pekerja Malaysia di negara itu semakin meningkat selepas sempadan kedua-dua negara ditutup.

Katanya, sehingga kini tiga kes bunuh diri berlaku sejak wabak COVID-19 yang menyebabkan sempadan Malaysia-Singapura ditutup sejak Mac lalu.

“Perkara ini kena siasat, mengapa mereka bunuh diri. Adakah kerana tertekan hidup akibat bebanan kerja, dibuang kerja atau rindu kerana berjauhan terhadap keluarga,” katanya.

Sumber : Berita Harian


air-asia-diberhentikerja-bunuh-diri-covid-19-hutang-tekanan-ekonomi-kewangan
  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn

Bekas juruterbang maut dipercayai tekanan dihentikan kerja

SERDANG – Tekanan hidup dipercayai menjadi punca seorang bekas juruterbang terjun dari kondominiumnya di Bandar Kinrara, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis menerima maklumat kejadian terbabit pada jam 3.10 petang.”Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa lelaki berusia 35 tahun dipercayai terjun dari tingkat 12 kediamannya.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan kejadian tiada menjumpai kesan mencurigakan atau unsur jenayah. Selain itu, pemeriksaan fizikal pada mayat mangsa juga tidak menemui kecederaan akibat perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikatakan bertindak demikian kerana tertekan dan tidak dapat mengawal diri akibat diberhentikan kerja dua bulan lalu.

“Siasatan lanjut sedang diteruskan dan pihak polis meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan dan mengguris hati keluarga mangsa,” katanya.

Difahamkan, mayat mendiang akan dibawa ke Kampung Peringatan Jing An (Jing An Memorial Village) di Kajang.

Sumber : Sinar Harian

Similar Posts