cari-kerja-kosong-linkedin-masa-pandemik-jawatan-baru-minta-kerja

Facebook Comments

Pada masa pandemik Covid-19, boleh dikatakan semua industri mengalami penguncupan. Namun, kepada yang masih mencari kerja, mungkin boleh gunakan beberapa tips di bawah ini. Saya syorkan anda menggunakan platform linkedin untuk mencari kerja idaman anda. Jika anda mempunyai pengalaman kerja, ianya lebih bagus. Ini adalah kerana kebanyakan syarikat tidak mahu mengambil masa yang lama untuk memberikan latihan kepada anda sebelum anda sudah bersedia menjalankan tugas secara sepenuhnya.

apply-cari-kerja-kosong-linkedin-masa-pandemik-jawatan-baru-minta-kerja-vacant-vacancy

cari-kerja-kosong-linkedin-masa-pandemik-jawatan-baru-minta-kerja-vacant-vacancy

Berikut adalah perkara yang saya syorkan untuk anda ikuti untuk mencari kerja di Linkedin.

1.Buka satu akaun Linkedin dan anda boleh membina profile akaun anda seperti satu resume. Letakkan info dengan profesional dan jangan sesekali membuat Linkedin seperti platform jaringan social yang lain seperti Facebook. Jaga profile anda dan info yang diletakkan untuk menarik minat bakal majikan anda.

2.Tambah connection anda seberapa ramai yang boleh dengan latarbelakang yang sama seperti anda. Maksudnya di sini mungkin latarbelakang kelulusan dan juga pengalaman kerja anda. Anda boleh juga meneliti connection yang bekerja di syarikat idaman anda. Anda boleh menambah seberapa ramai connection yang mungkin dan ini membolehkan anda mendapatkan info mengenai pekerjaan yang anda ingin memohon.

3.Dapatkan info secara one to one message kepada connection anda mengenai maklumat contact kakitangan Human Resource yang mungkin mengendalikan sebarang kekosongan di dalam syarikat tersebut. Anda boleh mendapatkan emailnya secara bertanya kepada connection anda ataupun terus sendiri kepada contact Human Resource jika beliau sebagai contact anda juga. Setelah mendapatkan email, anda boleh menghubungi terus mereka dengan memberikan resume dan juga cover letter.

Begitulah teknik yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan pekerjaan daripada Linkedin. Anda boleh meneliti profile mereka yang mungkin sama bidang dengan anda. Jumpa lagi!

Similar Posts