strategi-tahun-2021-bisnes-online-internet-marketing-income-produk-baru-mentorship

Facebook Comments

Tahun 2021, sudah memasuki bulan Februari. Kita dapati cabaran yang dihadapi di tahun 2021 ini amat menyukarkan rentetan daripada pandemik Covid-19. Pada masa kini, PKP masih dilakukan namun kes baru setiap hari masih lagi tinggi sehingga ribuan kes setiap hari. Oleh itu, kita mesti membuat perincian di dalam bisnes online iaitu :

 

  1. Kos

Kita mestilah mengambil kira kos kehidupan dan perniagaan yang ada sekarang dan mencari jalan untuk mengurangkan kos lagi. Walaupun begitu, kualiti kehidupan kita masih lagi diambil kira. Kita cuba selidik apakah kos – kos yang boleh senaraikan dan dikurangkan. Sebagai contoh, kita mungkin menggunakan servis yang lebih murah dan cost effective.

 

2. Produk atau teknik baru

Kita mestilah bersedia dengan produk -produk baru yang tiba dipasaran. Mungkin produk- produk ini adalah satu bentuk inovasi daripada produk terdahulu. Jika kita masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan pasaran baru atau teknik baru, mungkin kita akan ketinggalan jauh.

 

3. Mentorship

Untuk berjaya, kita mestilah memberikan mentorship bagaimana untuk berjaya kepada orang lain juga. Kita harus menunjukkan jalan kepada orang lain bagaimana untuk berjaya di dalam sesuatu bisnes. Kita mestilah memberikan tunjuk ajar dan juga bimbingan kepada mereka agar turut serta boleh berjaya.

 

Begitulah tigak perkara yang boleh kita membuat sasaran di dalam bisnes online. Jumpa lagi!

Similar Posts