Di hari minggu ini, saya ambil kesempatan untuk memasak sarapan pagi untuk keluarga. Mungkin, keputusan untuk memasak itu bergantung kepada bahan masakan yang ada. Ada sepeket mee mentah yang belum dimasak lagi. Seterusnya, mencari resepi untuk masakan jenis apa untuk dilakukan. Apabila di Google, ternampak resepi mee goreng mamak yang jarang sekali dibuat oleh itu, bolehlah dicuba. Nampak perbezaannya adalah serbuk kari dan telur. Namun, bahan masakan tidaklah berapa cukup seperti tiada sayur. Buat sahajalah!
Di bawah ini adalah resepinya:
Bahan – bahan:
Mee Kuning 450 g (5 orang makan)
Lada kering *
Bawang merah *
Bawang putih *
Nota: * bermaksud dikisar dan ditumis sekali
Sayur sawi
Taugeh
Fish cake dan fish ball
Sotong atau udang
Telur 2 biji
Kicap (6 sudu besar)
Sos seafood adabi (2 sudu besar)
Sos cili (2 sudu besar)
Perencah Maggi Kari (setengah paket)
Garam (secukup rasa)
Cara – cara memasak:
- Tumis lada kering yang telah dikisar hingga garing.
- Masukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air.
- Masukkan sotong atau udang atau kedua – duanya sekali dan fishcake atau fishball.
- Akhir sekali, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh. Gaul sebati sehingga masak.
- Siap! Sedia untuk dihidang dan dimakan!
Jika mengikut resepi di atas, bahan- hahan mentah ada yang tiada. Sayur sawi pun dalam perancangan untuk tanam sendiri di belakang rumah tetapi belum berkesempatan lagi. Di dalam peti ais pun tiada. Jadi teruskan sahajalah!
Dibawah ini adalah hasilnya mee goreng masak ala- ala saya yang buat. Mungkin hanya 60% sahaja sama dengan gambar asal. InshaAllah, akan diperbaiki dari masa ke semasa. Selamat mencuba!
Facebook Comments