resepi-sedap-mudah-ringkas-western-pasta-carbonara-cheese-masakan-dishes

Facebook Comments

PASTA CARBONARA

Bahan- bahan:

  • Bawang holland
  • Virgin olive oil
  • Carbonara
  • Butter
  • Susu fullcream
  • Sosej
  • Crab stick
  • Cendawan
  • Bayam
  • Pastly

masakan-sedap-bahan-pasta-carbonara-cheese-resepi-enak-western

CARA MEMASAKNYA:

Potong dadu separuh bawang holland, potong senget sosej, potong senget crab stick, potong nipis cendawan , daun bayam last, pastly terakhir.

Rebus makaroni bersama air mendidih dgn minyak virgin olive oil gelap, 2-3 sudu. Garam 1- 2 sudu.Rebus 10 – 20 min sampai lembut. Tapis dan ambil sedikir air rebusan dalam satu mangkuk kecil.

Tumis bawang holland dengan butter dan sedikit olive oil hijau , tumis sehingga wangi.Masuk cendawan butang dan kacau sampai kekuningan. Masukkan sosej dan crabstick sehingga kekuningan.

Masukkan 2 botol cabonara. Kacau rata dan masukkan serbuk udang kering 1-2 sudu kecil.Masukkan 1 cawan susu full cream. Kacau2, masuk 1 sudu cukup rasa, masukan sedikit oregano. Masukkan macaroni, masukkan cheese cheddar 2 keping.

Masukkan air rebusan jika kering,Isi garam sikit dan rasa. Masukkan baby bayam. Tutup api dulu dan tabur daun pasly sebelum dihidangkan. Selamat mencuba!

Similar Posts