perancangan-2021-tahun-baru-perlaburan-internet-marketing-bisnes-online-income-internet

Facebook Comments

Tahun 2021 akan menyusul dalam dua minggu lagi. Bagaimanakah perancangan kita untuk bisnes online ? Sudah pasti, tahun 2020 adalah satu tahun yang agak terhad bagi pergerakkan bisnes online. Apatah lagi di kala pandemik Covid-19 yang masih tidak lagi hilang dari muka bumi Malaysia. Adakah keadaan menjadi bertambah teruk? Saya mengjangkakan jika tidak satu tindakan “lockdown” yang serius, pandemik ini agak susah untuk dikawal. Namun, jika total “lockdown” , ekonomi Malaysia menjadi bertambah parah. Mungkin, pada masa itu, ramai yang beralih berniaga dari rumah secara online, tetapi jika tiada kuasa membeli dan ramai yang menyimpan duit untuk berjaga- jaga, keadaan menjadi lebih suram.

Saya akan meneruskan portfolio bisnes online saya yang disusunkan di bawah ini:

  1. Bisnes telco
  2. Bisnes eWallet
  3. Bisnes eWallet + telco
  4. Bisnes eCommerce
  5. Bisnes CRM autoresponder
  6. Bisnes website + pengiklanan

Antara yang terbaru dan semakin saya fokus sekarang ini ialah perlaburan online untuk emas ( online gold trading ). Namun, ianya seperti menjinakkan gergasi yang besar. Ianya perlukan ilmu yang lebih mendalam dan lebih sukar daripada bisnes online. Seperti bisnes online, hanya 5% sahaja yang berjaya. Oleh itu, saya mengambil cabaran ini dan telah membuat satu medan online untuk membuat kemaskini ilmu perlaburan online emas ini di website baru ini : Klik sini. 

saham-sifu-trader-foreign-exchange-gold-emas-forex-dagangan-gold-mata-wang-currency-make-money-online

Similar Posts