covid19-coronavirus-demam-selsema-batuk-sakit-dada-penyakit-berjangkit-berbahaya

Facebook Comments

Kita sudah mendapatkan info bahawa petanda- petanda seseorang itu dijangkiti Coronavirus adalah seperti demam, selsema, batuk-batuk dan sakit dada sukar untuk bernafas. Ianya amat mudah berjangkit tetapi bukan melalui udara tetapi lebih kepada sentuhan melalui medium- medium tertentu. Coronavirus boleh memasuki badan kita melalui hidung dan mulut. Oleh itu, ada beberapa langkah -langkah penting yang kita boleh untuk mengelak penyakit wabak coronavirus covid-19 ini.

Antara perkara- perkara yang kita boleh lakukan untuk mengelak coronavirus covid-19 ialah:

  • Elakkan daripada menyentuh sesuatu yang tidak perlu. Jika kita menyentuhnya, elakkan daripada menyentuh bahagian muka. Berjaga- jaga dan awasilah masa jika hendak menggaru. Pastikan tangan anda sudah dibasuh. Begitu juga peratan yang digunakan seperti sudu dan garfu yang bagus dibasuh terlebih dahulu.
  • Selalulah basuh tangan dan kerap mandi jika perlu. Pastikan tubuh badan sentiasa bersih daripada sebarang kekotoran dan juga peluh yang basah mungkin boleh memerangkap kuman. Jika seorang muslim, kerap bersolat fardu dan sunat dengan mengambil wuduk yang berlainan turu
  • Elakkan daripada bersalaman dan juga memakai topeng muka jika menyertai sebarang perhimpunan umum ataupun tempat yang ramai orang.  Jangan mengambil risiko untuk membuat lawatan ke luar negara bagi mengelakkan jangkitan di tempat yang berisiko.

Jom sama- sama mengubah sikap kita agar memastikan bahawa kita boleh melawan penyakit berjangkit convid-19 ini. Pastikan kita sentiasa peka tentang kemasukan virus yang boleh berlaku melalui mulut, telinga dan hidung. Pastikan jarak berkomunikasi apabila berbuan dengan orang lain melebihi 3 meter untuk mengelakkan virus beterbangan boleh mengjangkitan anda.


Tiga langkah lindungi diri daripada coronavirus

KUALA LUMPUR: Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi adalah antara langkah perlindungan boleh dilakukan orang ramai untuk mencegah jangkitan coronavirus 2019-nCoV.

Langkah pertama yang dicadangkan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada orang ramai adalah mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi iaitu kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).

Langkah kedua adalah penting sekiranya berada dalam tempoh lawatan ke lokasi-lokasi yang berlakunya wabak ini.

“Jika perjalanan tidak dapat dielakkan, sentiasa bawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan.

“Elakkan dari melawat ladang haiwan, pasar menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.

“Elak dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan individu yang mempunyai gejala serta elak dari makan sebarang produk haiwan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna,” kata KKM yang berkongsi poster langkah pencegahan yang dikongsi bersama orang ramai menerusi sesawang Facebooknya.

Langkah ketiga perlu diambil orang ramai adalah segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit iaitu mengalami gejala jangkitan pernafasan seperti demam, batuk atau sukar bernafas dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan kepada doktor yang merawat.

~ Sumber: Berita Harian

Similar Posts