Logo adalah merupakan lambang sesuatu syarikat atau bisnes. Bagaimanakah kita boleh membina logo? Jika kita mempunyai peruntukan, kita boleh membina logo dengan mengupah profesional designer. Namun, bagaimana pula jika kita tidak mempunyai peruntukan yang tinggi. Adakah kita masih boleh mempunyai logo? Jika kita membina website menggunakan WordPress, ada satu bahagian disebelah kiri atas kebiasaannya dikhaskan untuk logo. Oleh itu, kita mesti membina logo.
Jangan kita berasa risau kerana kita masih boleh membina logo tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Kita boleh menggunakan beberapa aplikasi web yang menyediakan perkhidmatan membina logo. Kita boleh dapatkan logo ini dengan menyimpan imej logo tersebut. Dibawah ini ada beberapa website yang boleh anda gunakan untuk membina logo.
- designmantic.com
- freelogodesign.org
Oleh itu, anda boleh mencubanya. Anda boleh guna “save image as.. ” ataupun snipping tool untuk menyimpan gambar logo anda. Ada juga boleh mencari web- web aplikasi lain yang menawarkan khidmat logo percuma. Itu sahaja dan selamat mencuba.
Facebook Comments