eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
kemalangan-jalan-raya-car-accident-panduan-bagaimana-apa-nak-buat

Jika terlibat di dalam kemalangan jalanraya, anda boleh buat beberapa perkara berikut.

  1. Jangan emosi, berhenti di tepi jalan dengan selamat. Keluar daripada kereta dan periksa kerosakan.
  2. Tengok kerosakan samada minor atau major. Kalau minor, boleh bincang setel luar tidak perlu police report kerana kosnya lebih rendah daripada anda di saman dan kehilangan NCD (non-claim discount). Jika major, kena police report untuk tuntutan insurans ( Insurance claim ).
  3. Jika anda bersalah, mohon maaf dan dapatkan contact no. Jika setel luar, berikan sedikit wang pendahuluan dan dapatkan bil apabila kereta yang dilanggar sudah diperbaiki.
  4. Jika anda tidak bersalah, minta persetujuan untuk setel luar atau police report. Jika police report, berikan nama dan contact no pegawai penyiasat kepada orang yang melanggar kita itu.
  5. Dapatkan cara untuk memperbaiki kerosakan. Jika masih boleh dipandu, boleh pergi ke workshop selepas police report. Jika tidak boleh dipandu, kena dapatkan khidmat towing truck seperti ini >>>  Klik sini

Berikut adalah beberapa pengalaman saya yang dikongsikan di FB :

1)

Satu kisah lagi teraccident, tengah2 mata melilau cari parking. Kereta yang tengah parking tepi buka pintu. Terus terlanggar pintunya. Kereta saya pun rosak pada bahagian lampu dan spoiler. Saya turun dan nampak isterinya di sebelah geleng kepala. Macam baru lepas bertekak suami isteri berbangsa cina ini. Saya turun, ambil gambar saja. Namun, pemandunya turun dan dengan nada tinggi dia berkata pada saya “Why you are so fast?” . Saya balas balik ” I just slow, you the one who opened the door without look behind”. Dia senyap. Saya minta no phonenya. Saya kata saya akan buat police report. Dah report saya jumpa pegawai penyiasat, explain dan tunjuk gambar. Saya mesej dia bagi tau supaya jumpa pengawai penyiasat ini. Lepas sebulan, ada kawan dia call minta setel luar, tak nak guna insurance. Saya tahu ncd dia dah tak ada sebab insurance dia kena claim tapi dah terlambat. Tak perlu gaduh2, tak puas hati cerita balai.

2)

Saya pun pernah terlanggar kereta orang masa keluar parking. Saya keluar kereta, dia pun keluar kereta, check apa yang rosak. Terkemek sikit tepi pintunya. Dia tanya kenapa langgar, saya cakap tak perasan, tak nampak. Saya minta maaf. Saya keluarkan duit dari poket berapa ada, dalam RM150. Saya bagi dia. Saya bagi no phone sambil berkata nanti repair dapat resit bagi saya. Dia ambil gambar kereta saya. Saya teruskan perjalanan baliklah. Beberapa hari lepas tu, dia whatsapp resit , RM450. Saya bank in pada dia balance. Tak perlu bertengkar dan bergaduh. Kalau sikit2, setel cash sebab tak kena denda dan ncd tak hilang. Kalau banyak, kena buat police report untuk claim insurance. Perkara berlaku qada’ dan qadar. Kena terima.

3)

Dulu org langgar kereta saya dari belakang, saya pergi ke kereta dia, tanya dia dan family ok tak? Saya ikut dia balik rumah dulu hantar anak isteri. Sempat minum teh secawan di rumahnya dan kami pergi balai polis buat report. Dia mengaku salah langgar kereta saya dari belakang sebab tengah urus anak2 yag buat bising dalam kereta. Repair kereta saya claim insurance dia, ncd saya tak ada effect. Cool down la bila accident di jalanraya. Ini sampai tak pasal2 nyawa melayang, apa cerita? Percayalah qada’ dan qadar.

Facebook Comments

Similar Posts