eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
modus-operandi-jenayah-cyber-siber-crime-phone-call-panggilan-telefon-penipuan

Beberapa wanita mengadu mereka menerima beberapa panggilan telefon yang seakan- akan menipu. Mereka telah menerima panggilan telefon daripada pemanggil yang dikatakan mengenali mereka. Bagaimana caranya?

Mereka menerima panggilan telefon yang menyatakan pemanggil pernah berjumpa dengan wanita tersebut. Pemanggil mengatakan bahawa namanya pernah berjumpa atau sama- sama berada di dalam majlis tertentu. Adalah disyaki pemanggil mendapatkan nama tersebut daripada “tag” di facebook untuk gambar sesuatu majlis seperti perkahwinan, kelas pengajian dan sebenarnya. Pemanggil menyatakan dia menggunakan nombor phone baru dan sebab itu, tiada nama keluar semasa menghubungi wanita tersebut.

Pemanggil membuat “offer” kepada wanita tersebut bahawa wanita tersebut mendapat tawaran bantuan berpuluh ribu ringgit untuk bisnesnya atau apa saja yang dilakukan oleh wanita tersebut. Ianya adalah pemberian bantuan dan bukan pinjaman di atas sebab – sebab tertentu. Baru – baru ini, ianya dikatakan daripada sebuah parti politik sebelum pilihanraya dan jumlahnya ialah RM70 ribu.

Namun, inilah penipuannya! Sebelum mendapatkan wang tersebut, pemanggil meminta wanita tersebut untuk bank- in duit dahulu dalam RM3000 untuk bayaran proses permohonan. Pemanggil menjanjikan permohonan tersebut “gerenti” dapat.

Apabila wanita itu sangsi, dia pun membuat panggilan kepada nama wanita yang disebut pemanggil dan mendapati bahawa wanita sebenar tidak tahu menahu tentang panggilan tersebut. Di harap semua berhati – hati, nombor phone dan akaun tidak dapat menjejaki pemanggil kerana dia telah menggunakan identiti orang lain untuk tujuan tersebut. Mungkin dia sudah mengupah “drug addict” untuk menbuka akaun bank dan menggunakan ATM card bagi tujuan menipu.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *