kes-rasuah-imigresen-jabatan-malaysia-duit-kopi-ambil-duit-mahkamah-penjara

Facebook Comments

Baru- baru ini kita dikejutkan dengan kes rasuah yang melibatkan tangkapan oleh pihak SPRM ke atas kakitangan termasuk pegawai di dalam Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ianya melibatkan kes- kes yang dilakukan pintu masuk negara seperti di KLIA I dan KLIA 2 serta pusat Imigresen Johor. Namun, ini bukanlah kali pertama kes- kes melibatkan kakitangan Jabatan Imigresen. Kita boleh melihat kepada database SPRM  mengenai beberapa kes yang sudah berlaku :

 

  • Pada 3 Ogos 2018, lebih kurang jam 10.00 pagi, di Pejabat Imigresen Cawangan Bintulu, Sarawak, sebagai seorang Pegawai Imigresen gred KP19, yang bertugas di Unit Pas Penggajian, Pejabat Imigresen Cawangan Bintulu, telah menerima untuk diri kamu sendiri wang tunai berjumlah RM3, 000.00 daripada Dayang Yuliana binti Awangku Brahim untuk memproses permohonan 39 pekerja Petra Resources Sdn. Bhd berhubung dengan Peraturan II (I) (ii), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Hukuman : Denda RM7, 000.00 jika gagal bayar 3 bulan penjara.
  • Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama pada 28.6.2016, di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor, sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Muhaida binti Mohamed Zan telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama pada 28.6.2016, di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Ooi Shih Xing telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu bersama-sama pada 29.6.2016, di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Yamonaa Thevey Maniam telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Pertuduhan Keempat Bahawa kamu bersama-sama pada 29.6.2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Sun Tzu Hsiang telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Pertuduhan Kelima Bahawa kamu bersama-sama pada 29.6.2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Mimi Amalina binti Abdullah telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Pertuduhan Keenam Bahawa kamu bersama-sama pada 30.6.2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Azrulhazizi bin Azwarman telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Pertuduhan Ketujuh Bahawa kamu bersama-sama pada 1.7.2016 di Bahagian Pasport, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Tingkat 2, Kompleks PKNS, Petaling, Selangor sebagai seorang Pegawai Imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah diamanahkan ke atas kamu berdua wang berjumlah RM200.00 iaitu wang bayaran permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa oleh Muhammad Fahmii bin Abu Bakar telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang itu. Hukuman : Penjara 2 tahun dan denda RM200.00 setiap pertuduhan, jika gagal bayar 6 bulan penjara. Hukuman penjara berjalan serentak.
  • Bahawa kamu, pada 16.7.2015, jam 11.07 pagi, di Malayan Banking Berhad, 138 & 139, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah, sebagai seorang Penguasa Imigresen Malaysia yang bertugas sebagai Ketua Unit DP10 di Bahagian Khidmat Ekspatariat, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya, telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang berjumlah RM100,000.00 daripada Muhammad Khairul Asri bin Pubin (K/P:651112-06-5749) melalui akaun Maybank bernombor 552107618668 atas nama Hassan bin Muhammad Yusuf @ Daud sebagai upah bagi mempercepatkan pengeluaran Surat Kelulusan Pegawai Dagang (DP10) bagi Syarikat MKAP Bina Sdn Bhd. Hukuman : Penjara 3 bulan dan denda RM500,000.00, jika gagal bayar 8 bulan penjara.
  • Pada 1 Jun 2016 lebih kurang 5.25 petang, di dalam sebuah kereta jenis Proton Saga bernombor pendaftaran JNU 9107 di perkarangan luar bangunan Petronas KLIA, PT3906, Jalan Terminal, Sepang, Selangor, sebagai seorang Pegawai Imigresen yang bertugas di Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Selangor (Cawangan KLIA), Airport Management Centre, Sepang Selangor telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu, suatu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM7,400.00 daripada Pheh Kar Huat sebagai suatu dorongan kononnya untuk melepaskan Hyunh Thi Ngoc Thuy dan Nguyen Thi Van tanpa dituduh di mahkamah dan tidak disenaraihitamkan untuk masuk ke Malaysia atas kesalahan di bawah Akta Pasport 1966. Hukuman : Penjara 1 tahun dan denda RM37, 000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara.
  • Pada 10/7/2008, di No. 3167 Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, Kuala Lumpur, sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya, telah secara rasuah menyetuju-terima iaitu wang tunai RM60, 000.00 daripada Dato’ Low Chang Hian, yang merupakan sebahagian daripada pembayaran bagi upah iaitu meluluskan permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk Warganegara Bangladesh sejumlah 4337 bagi membolehkan mereka masuk ke Malaysia. Hukuman : Rayuan OKT ditolak. Hukuman dikekalkan iaitu penjara 6 tahun penjara dan denda RM300,000.00, jika gagal bayar 12 bulan penjara.

Sumber : https://www.sprm.gov.my/penguatkuasaan/data-pesalah-rasuah

Begitulah beberapa kes yang melibatkan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia. Jangan sesekali kita terlibat di dalam amalan rasuah. Sama- samalah kita membanteras budaya rasuah.

Similar Posts