keperluan-menjadi-pekerja-cemerlang-di-kala-covid-19-melanda-supaya-tidak-diberhentikan-kelak

Facebook Comments

Disebabkan pandemik Covid-19 ini melanda, bidang pekerjaan menjadi terhad dan semakin menguncup di atas ketiadaan bisnes yang boleh dilakukan. Lihat sahaja kepada Malindo Air, yang terpaksa memberhentikan pekerjanya daripada 10 ribu orang kepada hanya seribu orang sahaja sekarang ini. Oleh itu, apakah yang kita perlu lakukan untuk kita supaya menjadi pilihan sebagai seorang tenaga kerja di syarikat kita? Sudah pasti beberapa perkara yang kita perlu lakukan ialah :

  1. Datang awal ke tempat kerja tetapi bukan orang yang pertama balik dari tempat kerja.
  2. Sentiasa menyertai conference call/ meeting yang diadakan dan mengambil bahagian di dalam conference call / meeting.
  3. Jadilah seorang yang pakar di dalam bidang anda yang membolehkan anda menjadi pakar rujuk jika terdapat perkara baru atau masalah yang dihadapi.
  4. Menjadi seorang yang positif dan mengutamakan profesionalisme di tempat kerja.
  5. Mempunyai matlamat dan setiasa berusaha mencapat matlamat tersebut.
  6. Bersikap rajin dan produktiviti serta memberikan impak tinggi kepada organisasi.
  7. Memberikan sikap suka menolong dan bekerjasama di dalam kumpulan.
  8. Menyumbangkan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif.
  9. Memberikan komitment untuk meningkatkan diri dan sentiasa memperbaiki diri.
  10. Sanggup bekerja di luar masa pejabat bagi mencapat matlamat yang diimpikan.

 

Begitulah antara beberapa sikap untuk menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Ianya bukan sahaja  berkenaan dengan pergi balik kerja sahaja. Namun, pekerjaya yang berkualiti adalah diperlukan bagi memenuhi harapan syarikat dan seterusnya menjadi pekerja pilihan untuk dikekalkan semasa wabak pandemik Covid-19 ini.

Similar Posts