eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
terlepas-penerbangan-flight-air-asia-kena-beli-tiket-baru-harga-mahal

Apakah yang akan terjadi jika anda terlepas penerbangan Air Asia? Inilah yang terjadi jika terdapat sesuatu yang tidak diingin berlaku sepanjang perjalanan anda. Di dalam website Air Asia, inilah jawapan yang diberikan.

Soalan : Apakah yang terjadi jika saya terlepas penerbangan AirAsia saya?

Jawapan:

Jika tempahan anda adalah untuk penerbangan sehala, anda perlu membeli tiket baharu untuk terbang ke destinasi yang dirancang.

Namun begitu, jika anda juga mempunyai penerbangan balik dalam nombor tempahan yang sama, anda hanya perlu membeli tiket untuk penerbangan yang telah anda terlepas. Jika anda gagal untuk mendaftar masuk tepat pada masanya atau menaiki pesawat sebelum pintu masuk pesawat ditutup, tambang yang dibayar tidak akan dikembalikan kepada anda. Anda perlu membuat tempahan lain untuk penerbangan yang tersedia seterusnya.

Realitinya anda kerana berada di Airport selama dua jam setengah sebelum penerbangan sekurang-kurangnya adalah paling selamat. Anda hendaklah bergerak daripada rumah anda dengan lebih awal. Cuba atasi perkara – perkara yang boleh berlaku tetapi tidak diduga seperti kad touch n go anda sudah top up sepenuhnya. Jika tidak mungkin anda akan menghadapi masalah tertangguh ketika di lebuhraya bertol dan juga parking yang menggunakan sistem pembayaran elektronik sepenuhnya.

 

Pastikan juga perjalanan kenderaan yang anda guna. Berapakah kekerapan jadualnya dan juga jadual perjalanannya. Ini adalah untuk memastikan anda tidak tertangguh kerana menunggu sahaja. Di lapangan terbang, jangan anda harapkan bahawa anda beratur untuk check-in sekejap sahaja. Kadang- kadang kala, sistem check-in yang rosak boleh menjejaskan perjalanan anda. Anda kena buat cara manual di kaunter tetapi terpaksa beratur panjang. Apabila tiba waktu anda bertemu dengan kakitangan anda, masa menjadi teramat suntuk dan anda sudah tidak dibenarkan check in dan perlu membeli tiket baru walaupun ketika itu ada masa lagi setengah jam sebelum kapalterbang berlepas.

 

Dengan adanya masalah ini, anda terpaksa membeli tiket baru. Namun, masalahnya harga tiket yang dibeli on the spot adalah tidak sama dengan harga tiket yang anda beli terlebih dahulu. Anda kena bayar dengan harga tiket mahal hampir tiga kali ganda. Contohnya, harga tiket kapalterbang Air Asia yang anda beli adalah RM150 dan ianya boleh menjadi RM500 di hari tersebut. Bayangkan pula anda bukan keseorang tetapi satu keluarga. Hotel dan perjalanan di destinasi sudah ditempah dan dibayar. Mahu tidak mahu anda terpaksa keluarkan lagi duit untuk membeli tiket baru tanpa belas kasihan dari Air Asia. Rancanglah perjalanan anda dengan berada di lapangan terbang dua jam setengah sebelum perjalanan.

Facebook Comments

Similar Posts