jenayah-seksual-rogol-sumbang-mahram-haruan-makan-anak-wanita-keganasan

Facebook Comments

Semenjak akhir- akhir, kita mendapati satu yang tidak betul telah terjadi iaitu jenayah- jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram, luar tabi’e, bawah umur dan cabul semakin meningkat. Ini amat merisaukan di kalangan masyarakat dan ianya berlaku di dalam masyarakat kita. Kita tidak boleh menafikan hal tersebut. Tambahan pula, ada laporan mengatakan bahawa kejadian sumbang mahram banyak berlaku di kala PKP dijalankan semasa Covid-19 melanda.

Salah satu senjata bagi Syaitan ialah mempergunakan kaun wanita. Oleh itu, kita mestilah berwaspada dengan godaan yang diadakan oleh syaitan ini. Ianya bukan sahaja salah dari segi agama tetapi juga mendapat hukuman berat dari segi undang- undang. Antara hukuman yang diberikan adalah hukuman penjara 20-30 tahun dan hukuman sebat. Jika ianya berlaku berulang kali, hukuman dikira berasingan. Berikut adalah beberapa berita yang mengganggu fikiran kita sekarang ini yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro. Sama- sama kita cuba hindarkan daripada berlaku di dalam masyarakat kita dengan memberikan peringatan dan kesedaran bahaya godaan syaitan ini.

Reman 10 remaja rogol budak dilanjutkan

Chukai: Reman 10 remaja lelaki yang disyaki merogol kanak-kanak 12 tahun dilanjutkan empat hari lagi sehingga Khamis.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali selepas menerima permohonan polis, hari ini.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 19 tahun sebelum ini direman bermula Khamis lalu hingga hari ini, untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, mereka tiba di mahkamah dengan kenderaan polis pada 9.24 pagi, disusuli ahli keluarga masing-masing.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan semua suspek di sekitar Kemaman pada Rabu lalu untuk siasatan kes rogol terhadap budak perempuan di dua rumah di sini dalam kejadian 6 Disember hingga 7 Disember lalu.

Kejadian terbongkar selepas mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari didesak keluarga untuk menceritakan kejadian sebenar sebelum keluarganya membuat laporan polis.


Da’i Syed didakwa merogol

Shah Alam: Peserta program realiti TV, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Da’i Syed, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol seorang wanita.

Tertuduh berusia 25 itu mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rofiah Mohamad.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Da’i Syed dituduh melakukan kesalahan rogol terhadap wanita berusia 23 tahun itu di sebuah bilik beralamat di No E-04-23, Hyde Tower, I-City, PSN Multimedia, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor pada 11 September 2019, kira-kira jam 11.35 malam.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukannya adalah serius dan tertuduh dikhuatiri akan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

“OKT (orang kena tuduh) mengenali dan mempunyai ‘contact’ mangsa, yang mana dia boleh menghubungi mangsa pada bila-bila masa.

“Dan ini mendatangkan risiko gangguan pelbagai bentuk kepada mangsa serta saksi pendakwaan lain daripada segi keselamatan dan emosi, yang boleh mengganggu kualiti keterangan dan kelancaran di mahkamah kelak.

“Mahkamah juga perlu melihat kemungkinan OKT melakukan kesalahan sama atau kesalahan lain pada masa akan datang,” katanya.

Peguam tertuduh, Syed Amirul Syed Edrus berkata, tiada risiko untuk anak guamnya melarikan kerana dia adalah figura awam yang dikenali dan memberi kerjasama yang baik kepada polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan, malah memandu arah polis ke kediamannya di Damansara Perdana bagi membantu siasatan untuk tujuan forensik.

“Berhubung OKT mempunyai maklumat mangsa, ia belum boleh dijadikan keterangan dan berdasarkan andaian semata-mata. Selain itu, kedua-dua telefon bimbit OKT juga sudah dirampas, jadi isu itu tidak relevan untuk dibangkitkan.

“Selain itu, penjamin yang dicadangkan ialah pengurus OKT yang tinggal berdekatan OKT, jadi penjamin boleh memastikan kehadiran OKT pada bila-bila masa.

“Mengenai kepentingan awam, jika OKT melakukan perkara yang membahayakan, sesiapa saja boleh membuat laporan baharu dan ini adalah perkara terakhir yang dimahukan mangsa,” katanya.

Syed Amirul turut memohon jika jaminan dibenarkan, jumlah jaminan tidak terlalu tinggi kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap terutama sejak empat bulan lalu disebabkan penularan Covid-19.

Katanya, anak guamnya juga perlu menyara ibu serta abangnya yang juga orang kurang upaya (OKU) selepas mengalami kemalangan, selain masih belum dapat menyelesaikan jumlah jaminan RM25,000 bagi dua tuduhan terdahulu, hari ini kerana tidak mempunyai wang mencukupi.

Hakim Rofiah kemudian membenarkan mangsa diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat setiap 1 hari bulan setiap bulan bermula 1 Januari depan.

“Selain itu, OKT sendiri sama ada melalui keluarga atau sesiapa saja sebagai proksi dilarang sama sekali untuk mendekati, berjumpa, berhubung atau apa-apa cara komunikasi dengan mana-mana saksi termasuk pengadu dalam kes ini sepanjang masa sehingga kes ini selesai.

“Jika mana-mana syarat ini dilanggar, pendakwaan boleh mengemukakan permohonan bagi keputusan ini dipertimbangkan semula,” katanya.

Hakim Rofiah turut menetapkan 25 Januari depan bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, Syed Amirul ketika ditemui media berkata, anak guamnya akan ditahan buat sementara waktu di lokap polis di Beranang sehingga proses ikat jamin selesai pada Selasa ini.

Terdahulu, tertuduh yang memakai kemeja-T biru tiba di mahkamah kira-kira jam 3 petang dan sempat mengucapkan terima kasih kepada wakil media yang menunggu sejak jam 9 pagi, sebelum memasuki bilik mahkamah.


Dituduh sumbang mahram dengan anak tiri

LELAKI didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya pada Februari lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun dan bekerja kampung mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuan tirinya yang berusia 18 tahun yang mana perhubungan antara kedua-duanya tidak dibenarkan oleh hukum agama yang terpakai untuk membolehkan perkahwinan antara mereka.

Mengikut pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tepi sebuah rumah beralamat di Kati, Kuala Kangsar jam 5.30 petang pada 2 Februari lalu.

Tertuduh kemudiannya kembali melakukan perbuatan itu pada 8 Februari jam 11.50 pagi dalam Proton Wira di alamat sama.

Seterusnya, tertuduh sekali lagi mengulangi kesalahan itu pada 16 Februari lalu di lokasi beralamat di Kampung Salak Stesyen, Sungai Siput (Utara) kira-kira jam 10 pagi.

Bagi semua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Nurul Asyifa menetapkan esok sebagai tarikh sebutan kes yang akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen.

Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutantee Khalil berkata, ia disebabkan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen selain disebabkan Kompleks Mahkamah Kuala Kangsar yang mengamalkan penggiliran mengikut hari antara Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret bagi mendengar dan membicarakan kes.

“Hari ini giliran majistret bertugas, esok baru Hakim Mahkamah Sesyen ada (bertugas),” katanya.

Katanya, tertuduh berkemungkinan menghadapi pertuduhan tambahan esok.

“Bagaimanapun setakat ini arahan (pertuduhan tambahan) masih belum diperoleh,” katanya.

Difahamkan, pengaduan berhubung kesalahan dilakukan tertuduh dibuat sendiri oleh anak perempuan tirinya itu pada 4 Mei lalu.


Guru berdepan lima tuduhan seksual

GURU mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuching, semalam atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang murid berusia 12 tahun.

Tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Taufik Mohd @ Mohd Yusoff.

Lelaki terbabit berdepan tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Guru itu juga didakwa melakukan seks oral dan pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Dia juga dituduh melakukan seks luar tabie terhadap mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara April hingga Ogos 2019 di bilik stor dan tandas lelaki di sebuah sekolah di Petra Jaya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan, manakala tertuduh diwakili peguam, Simon Siah.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin dengan jaminan mahkamah berjumlah RM10,000 dan jaminan tunai RM3,000 dengan dua orang penjamin.

Similar Posts