eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
keluarkan-modal-bisnes-marketing-internet-untung-rugi-buat-income-passive-setiap-bulan-ecommerce

Saya dahulu bergiat di dalam bisnes online, kalau boleh semua nak yang percuma. Nak buat website, cari yang percuma. Nak buat marketing pun cari yang percuma. Kalau ada yang berbayar, saya tak nak pakai. Saya tak nak buat.

Namun, apakah yang saya rasa jika bersikap demikian? Saya rasa rugi kerana tidak dapat gunakan tool- tool penting dalam bidang yang saya minat ini. Walaupun berbayar, saya pastikan ianya dalam kemampuan saya. Saya tak nak pula jadi boros. Saya tak nak pula berhutang sana- sini semata- mata nak guna tool yang mahal- mahal di dalam bisnes online. Saya guna semampu saya. Ada tiga perkara penting yang boleh saya gariskan agar kita boleh bermula bisnes online ini.

Jangan takut keluarkan modal
Begitu juga dengan modal buat bisnes. Kalau kita takut nak keluarkan modal, apa akan jadi? Kita akan terlepas peluang -peluang besar yang boleh memberikan pendapatan yang kita impikan. Jika kita tidak berani nak keluarkan modal, adakah kejayaan akan mendekati kita? Sampai bila kita nak guna modal yang percuma? Kita takut nak keluarkan satu sen pun untuk majukan diri dalam bisnes. Namun, jika orang faham tentang bisnes, pasti ianya tidak menolak bahawa hakikatnya, mesti mengeluarkan modal.

Keluarkan modal mengikut kemampuanĀ 
Kita boleh bermula kecil- kecilan. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlampau teruja sehingga terpaksa berhutang untuk bisnes. Dapatkanlah modal hasil daripada simpanan kita atau jumlah yang kita dapat apabila mengumpul sendiri. Jangan diikutkan orang lain yang mungkin perniagaannya sudah stabil atau besar. Kita buat bisnes kita sehingga kita dapatkan modal kembali.

Usaha sampai jadi all-out 3 bulan
Kita boleh sertai bisnes dan fokus untuk all- out 3 bulan. Pada masa permulaan, banyak cabaran- cabaran yang mungkin kita hadapi. Ada keluarga atau rakan- rakan yang tidak menyokong. Namun, itu tidak mengapa, ianya bukan penghalang untuk anda berjaya. Malah, ianya adalah satu penguat semangat kepada kita agar membuktikan kita boleh berjaya. Jangan peduli kata orang lain. Anda fokus dan all-out 3 bulan yang pertama, itu yang penting. Barulah anda membuat keputusan samada bisnes itu adalah serasi dengan anda atau tidak. Janji kita berusaha dan kita serahkan bertawakal kepada Tuhan selepas bersungguh-sungguh melakukannya.

Itulah yang boleh kita buat agar kita tidak terlepas peluang besar yang hadir dan boleh mengubah hidup kita. Jika kita harapkan pendapatan makan gaji, mungkin ianya mengcukupi tetapi tidak mampu merealisasikan impian kita. Oleh itu, beri perhatian tiga perkara di atas agar kita dapat apa yang kita mahukan dengan izin Tuhan.

Facebook Comments

Similar Posts