eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
jaga-kesihatan-hypertension-high-blood-pressure-diabetic-heart-attach-sakit-jantung-kencing-manis

Pada masa kini, kita dapat lihat bahawa kesihatan kita mudah terancam akibat daripada bahana teknologi. Dengan banyaknya kereta, kita terdedah kepada carbon monixide. Bila kereta banyak juga, kita memandu di dalam tekanan atau pun stress. Pelbagai lagi perkara yang semakin meningkat naik dan seterusnya memberikan risiko kepada darah tinggi (hipertensi), sakit jantung dan juga kencing manis (diabetik). Itulah tiga penyakit utama yang menjadi bahaya kepada kita.

Bagaimana kita ingin elakkan penyakit – penyakit ini? Sudah pasti ada beberapa perkara kita boleh berikan perhatian.

1.Pemakanan : Elakkan risiko memakan makanan yang boleh menyebabkan kita menghadapi penyakit – penyakit berbahaya ini. Antara contoh- contoh makanan yang perlu dielakkan ialah makan bermasin dan juga manis. Kita boleh mengenalpasti makanan- makanan ini melalui rasanya dan juga ilmu melalui pembacaaan. Banyakkan makanan semulajadi seperti sayur dan buah. Kurangkan juga makanan yang sudah diproses lama seperti makanan segera atau “fast food”. Kenapa tidak cuba tukar pemakanan kita daripada makanan nasi kepada salad ? Ambil kira juga dengan berat badan agar tidak makan secara berlebihan. Cuba separuhkan makanan yang kita selalu ambil.

2. Senaman: Buatlah senaman secara kerap. Luangkan masa 15 minit atau satu jam untuk senaman sekurang-kurangnya 4 hari seminggu. Lakukan rutin yang boleh menyelesaikan masalah kita. Senaman cardio (treadmill, jogging, berenang) bagus untuk jantung. Pelbagaikan senaman untuk mengelakkan rasa bosan. Jangan membandingkan diri anda dengan orang lain tetapi bandingkanlah diri anda yang anda ingin jadi dengan diri anda sekarang. Luangkan sedikit wang anda untuk berlaburan alatan senaman di rumah ataupun menjadi ahli kelab gyms tertentu.

3. Pengawasan : Ambillah bacaan blood pressure anda setiap minggu. Monitor kesihatan anda agar anda tidak dikejutkan dengan keadaan- keadaan yang sudah kritikal. Pastikan peralatan monitor anda berkeadaan baik dan memberikan bacaan yang betul. Anda juga boleh mengukur berat badan anda dan buatlah langkah – langkah reaksi jika berlaku sebarang keadaan yang tidak dikehendaki.

4. Persediaan : Jika anda mempunyai masalah kesihatan, dapatkanlah rawatan terbaik. Pastikan anda mendapat perlindungan yang cukup daripada insurance /takaful anda untuk rawatan hospital. Jadikanlah diri anda alert di dalam sebarang perubahan pada polisi. Bagi saya, RM250 – RM400 sebulan boleh memberikan perlindungan yang baik kepada kita. Selain itu, berikanlah diri anda rehat yang cukup, tidur kena cukup!

5. Extra : Jika anda memerlukan duit extra untuk melakukan aktiviti Рaktiviti untuk kesihatan fizikal dan mental anda, anda jangan berputus asa dan boleh mendapatkannya. Sebagai contoh, anda boleh membawa diri anda dan keluarga ke aktiviti percutian untuk menghilangkan stress atau tekanan. Uruskanlah dengan baik dan jangan pula anda stress kerana tidak mempunyai wang yang cukup. Bagi saya, anda boleh mendapatkan pendapatan tambahan di sini. Klik sini. 

Itulah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk kesihatan diri anda. Jangan lupa, sentiasa beri perhatian kepada kesihatan.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *