MILAN: Itali gagal layak ke Piala Dunia buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun, selepas diikat Sweden 0-0 pada aksi timbal balik kedua pertemuan playoff, sebentar tadi.
Kemenangan pada aksi pertama memberikan Sweden tiket ke Russia tahun depan selepas layak secara agregat 1-0, hasil kejayaan di laman sendiri, minggu lalu.
Kemenangan pada aksi pertama memberikan Sweden tiket ke Russia tahun depan selepas layak secara agregat 1-0, hasil kejayaan di laman sendiri, minggu lalu.
Pada aksi penuh mendebarkan yang mencetus banyak ketegangan dan drama di San Siro itu, Sweden boleh dianggap terselamat daripada deretan serangan tuan rumah yang bertali arus.
Itali yang tidak pernah gagal beraksi di kejohanan elit itu sejak 1958 di Sweden menguasai sebahagian besar permainan sehingga memaksa Sweden berkampung di kawasan sendiri hampir keseluruhan aksi.
Mereka berjaya mencipta beberapa peluang, tetapi gagal menembusi gawang Sweden yang dikawal Robin Olsen.
Peluang terbaik tuan rumah untuk menjaringkan adalah menerusi Ciro Immobile tetapi percubaannya digagalkan Olsen, sebelum Victor Lindelof mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya. – Reuters
MILAN: Itali gagal layak ke saingan Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958, sekali gus menyaksikan pusingan akhir tahun depan di Russia berlangsung tanpa kelibat skuad juara empat kali itu.
Berikut adalah rekod Itali di Piala Dunia: – AFP
1930: Tidak mengambil bahagian
1934: Juara
1938: Juara
1950: Peringkat kumpulan
1954: Peringkat kumpulan
1958: Tidak layak
1962: Peringkat kumpulan
1966: Peringkat kumpulan
1970: Naib juara
1974: Peringkat kumpulan
1978: Tempat keempat
1982: Juara
1986: Peringkat 16 terakhir
1990: Tempat ketiga
1994: Naib juara
1998: Suku akhir
2002: Peringkat 16 terakhir
2006: Juara
2010: Peringkat kumpulan
2014: Peringkat kumpulan
2018: Tidak layak
Facebook Comments