di-manakah-boleh-mendapatkan-kad-touch-n-go-reload-topup

Facebook Comments

Pada masa kini, bukan mudah juga untuk mendapatkan touch n go topup reload. Jika dulu, kita boleh ke kaunter tol sebelah paling kanan untuk membuat touch n go top up reload tetapi ianya sudah tidak menyediakan servis tersebut kerana bertujuan untuk mengurangkan kesesakan. Apatah lagi, lorong tersebut juga digunakan oleh kenderaan- kenderaan berat. Oleh itu, kita kena perlu membuat persediaan lebih awal bagi memastikan kad touch n go kita sentiasa mempunyai baki yang mencukup.

 

Bagi saya, biasanya saya akan topup reload kad touch n go di stesyen minyak. Namun, masalah yang kadang kala muncul adalah sistemnya “offline”. Oleh itu, jangan kita menunggu di saat – saat akhir untuk memastikan baki yang mencukupi. Jika boleh, kita pastikan bahawa kad touch n go kita mempunyai baki sekurang-kurangnya RM30 bagi mengelak sebarang masalah. Antara tempat lain yang boleh digunakan ialah mesin topup reload di hentian atau penjabat tol yang berhampiran dengan tol keluar. Perkara yang lebih baik apabila menggunakannya ialah topup reload tanpa sebarang bayaran service (service charge).

 

Antara tempat- tempat lain yang kita boleh gunakan untuk touch n go topup reload ialah :

  • TNG Customer Experience Centre, (CEC)
  • TNG Hubs
  • TNG Spots
  • Petrol Kiosks
  • Convenience stores
  • Mesin ATM
  • Farmasi
  • Kiosk Layan Diri (self service)
  • Customer Service Counters di Plaza Tol
  • Lorong topup reload di sesetengah lebuhraya

 

Semoga info ini memberikan manfaat!

 

Similar Posts