eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.

Pendapatan yang lumayan di dalam perniagaan Internet adalah menjadi objektif dan juga hasrat ramai pengguna- pengguna di Internet. Walaubagaimanapun, bukan semua mengecapi kejayaan. Kurang daripada lima peratus yang ingin menambah pendapatan daripada Internet berjaya menghasilkan pendapatan yang diimpikan. Namun, saya yakin jika anda mempunyai semangat yang tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa meningkatkan diri dengan ilmu perniagaan di Internet, anda pasti akan berjaya dengan kehendakNya. Yang penting kita berusaha dengan memulakan perancangan dan tindakan dan seterusnya bertawakal dan berserah kepada yang Maha Kuasa.

Sebelum itu, mari kita selidik kenapakah ramai yang ingin menceburi perniagaan Internet?

  • Satu matlamat yang memenuhi peranan prasarana IT. Jika tidak, mungkin ramai yang membuang masa sahaja di Internet dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah. Internet sekarang semakin laju, peralatan IT juga semakin murah. Sudah pasti ianya memberikan satu impak yang besar kepada industri berasaskan IT di Malaysia.
  • Kos sara hidup yang semakin tinggi dan peluang untuk mencari pendapatan sampingan di dalam menyelesaikan pinjaman dan hutang seperti perumahan, kenderaan, peribadi dan juga kad kredit. Lihat sahaja di berita dan akhbar setiap hari, kita mendapati pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat di dalam mencari rezeki secara tidak halal. Oleh itu, perniagaan Internet mampu memberikan alternatif yang berfaedah dan mengawal gejala jenayah kewangan seperti rasuah, rompakan, mencuri , peras ugut, along ceti dan pelbagai lagi.
  • Satu cara untuk mencari wang lebih untuk digunakan di dalam aktiviti santai bersama keluarga seperti melancong dan juga rekreasi. Jika mengharapkan duit gaji, ianya sekadar cukup untuk membayar rumah, kenderaan, makanan, bil- bil utiliti dan pelbagai lagi. Kehidupan menjadi hambar tanpa aktiviti – aktiviti bersama. Oleh itu, perniagaan online mampu memberikan kebahagiaan kepada anda sekeluarga.
  • Satu wadah untuk menambah ilmu di dalam pembangunan IT disamping menambah wang daripada hobi. Daripada kita menggunakan kemudahan IT untuk “saja- saja”, adalah lebih bagus kita gunakannya untuk menghasilkan pendapatan. Oleh itu, perkara yang seronok kita lakukan boleh menghasilkan pendapatan setiap bulan. Apatah lagi, pendapatan itu mampu mengatasi wang gaji kita. Kita hanya perlu umumkan kepada zakat dan LHDN pendapatan kita untuk diiktiraf. Pendapatan yang halal dan tidak salah dari segi undang- undang walaupun secara separuh masa juga diiktiraf. Ianya boleh digunakan untuk membuktikan pendapatan kita kepada pihak bank.

bisnes-online-konsisten-macam-duit-gaji-jual-starterpack-income-online

Saya telah banyak melakukan perniagaan Internet semenjak 2006 dan saya telah kenalpasti perniagaan Internet yang bagaimana patut menjadi pilihan. Di bawah saya ada letakkan ciri – ciri perniagaan yang boleh membawa kita kepada pendapatan lumayan dalam masa tiga bulan. Ciri – Ciri perniagaan tersebut ialah:

  • Produk harga yang rendah dan tidak membebankan.

Jika kita berniaga di Internet, pasti orang tidak akan terus membeli dengan memindahkan duit kepada kita jika harga produk mahal. Berapakah harga yang mahal? Ianya dalam lingkungan RM100 ke atas. Amat susah untuk seseorang terus memasukkan wang tunai ke dalam akaun kita jika produk yang mahal. Namun, jika produk yang harganya rendah, tiba- tiba sahaja orang boleh memberikan “sms” kepada kita dengan menyatakan wang sudah dimasukkan dan diberikan nama, alamat dan no phone kepada kita.

  • Servis yang minimum

Jika kita melakukan perniagaan yang memerlukan kita banyak meluangkan masa kepadanya, pasti kita juga sebenarnya kerugian. Masa yang telah diberikan untuk memberikan sokongan kepada produk tersebut pasti bernilai ratusan ringgit jika dibandingkan dengan upah kepada diri kita sendiri. Apatah lagi, jika ianya melibatkan kerugian didalam bentuk wang ringgit seperti wang bahanapi pengangkutan kita ke sana ke sini.

  • Pendapatan yang berterusan dan berulangkali

Pernahkah kita melihat perniagaan seperti TNB, Astro, Unifi, Indah Water dan juga Telekom? Prasarana peralatan hanya perlu dipasang sekali sahaja namun, syarikat- syarikat ini memperolehi pendapatan setiap bulan. Inilah yang dikatakan sebagai pendapatan yang berterusan dan berulangkali. Kita perlu membuat sasaran untuk memperolehi pendapatan sebegini rupa. Ianya adalah satu pendapatan pasif. Ini bukan bermakna kita tidak membuat kerja. Kita membuat kerja di permulaan tetapi kita menikmati pendapatan secara berpanjangan daripada kerja tersebut.

  • Produk yang tahan lama dan tidak bermusim

Ini dapat disimpulkan iaitu produk yang mempunyai jangkahayat yang lama dan berpanjangan. Digunapakai oleh pelanggan untuk setiap masa dan tidak membebankan.

Ingin cuba untuk test drive bisnes starterpack ini? Klik sini untuk daftar percuma web replika

Facebook Comments

Similar Posts