macau-scam-jenayah-cuci-duit-haram-artis-perlaburan-perniagaan-halal-penipuan-telefon

Facebook Comments

Macau Scam adalah satu panggilan yang diberikan kepada kegiatan jenayah kewangan melalui panggilan telefon. Mangsa akan dihubungi bagi mendapatkan wang dengan situasi kewangan palsu yang diberikan contohnya mempunyai hutang tertunggak, tindakan undang- undang atau duit pendahuluan diperlukan bagi melaksanakan beberapa perkara seperti menerima penghantaran barang atau bantuan yang dijanjikan nanti.

Bagaimana duit daripada Macau Scam ini ataupun kegiatan jenayah lain disembunyikan. Selalunya, penjenayah akan membuat kegiatan mencuci duit dengan membuat perlaburan kepada perniagaan- perniagaan yang berpotensi melindungi kegiatan jenayah mereka. Ada kedai perniagaan yang dibuka hanya untuk mengaburi pihak berkuasa dan bukannya sebenarnya-sebenarnya menghasilkan pendapatan.

Oleh itu, elaklah terjebak daripada Macau Scam ataupun terlibat dengan agenda kegiatan mencuci duit oleh penjenayah ini.


Sindiket cuci duit: Wang tunai RM5 juta disita, 23 kenderaan mewah dirampas

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menyita wang tunai berjumlah RM5 juta dipercayai terbabit dalam sindiket ‘cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis.

Ketua Pesurujayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya turut merampas 23 kenderaan mewah.

“Setakat ini, SPRM sudah membekukan 730 akaun bank membabitkan RM80 juta.

“Sementara, 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket ini sudah ditahan,” katanya menerusi siaran langsung ‘FB LIVE’ slot SPRM360 bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki menerusi MACCfm, hari ini.

Azam berkata, SPRM juga miliki senarai nama selebriti negara untuk hadir bagi memberi keterangan dan bantu siasatan kes ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.

Susulan itu tiga lagi lelaki ditahan kemudian bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro

Guna artis ‘cuci duit’ haram, anggota polis IPK Selangor ditahan

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dipercayai terbabit dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

Sumber berkata, anggota berkenaan dipercayai kenalan kepada lelaki bergelar ‘Datuk’ yang ditahan sebelum ini

PENDEDAHAN satu sindiket yang menggunakan artis dan selebriti untuk ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah telah membuka mata banyak pihak.

Duit itu datang daripada apa-apa sahaja aktiviti haram, contohnya riba, memeras ugut, menipu, rasuah dan jual beli barang yang tidak sah seperti dadah serta pemerdagangan manusia.

“Dia ditahan tengah hari tadi di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

“Anggota berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes berkenaan dan pembabitannya di dalam kumpulan sindiket itu,” katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan taktik perdaya dan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan haram termasuk perjudian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.

Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahan.

Susulan itu tiga lagi lelaki ditahan kemudian bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro

Bongkar lagi sindiket cuci duit haram

Kaedah mencuci duit haram bukanlah perkara baharu kerana isu itu sudah lama berlaku, selain memberi keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada pelaburan yang sah.

Membuka banyak perniagaan baharu sering menjadi taktik biasa sindiket pengubahan wang haram bagi mencampurkan wang yang kotor dengan perniagaan yang halal.

Selain itu, syarikat kosong yang ditubuhkan tanpa sebarang aset atau operasi juga boleh digunakan untuk pengubahan wang haram.

Syarikat tersebut hanya berfungsi sebagai tempat transaksi palsu dilakukan seperti perniagaan biasa bagi membenarkan aliran masuk wang tunai.

Dana yang diterima boleh juga dikitar semula menerusi beberapa syarikat lagi sebelum masuk ke poket sendiri sebagai wang yang halal.

Apabila wang yang kotor sudah dicucikan, mereka boleh membelanjakan wang itu dengan membeli barang-barang mewah dan rumah yang besar. Mereka mungkin boleh terus menutup mata pihak berkuasa dengan melakukan aktiviti amal jariah.

Sebab itu, kes-kes melibatkan pengubahan wang haram pasti ada kereta mewah, jam tangan dan wang kertas ratusan ribu, malah jutaan ringgit yang akan disita oleh pihak berkuasa.Oleh sebab kes cuci duit haram melibatkan artis mendapat perhatian meluas dalam kalangan rakyat ketika ini, pihak berkuasa perlu membongkar lagi kemungkinan sindiket-sindiket lain yang masih bebas.

Paling dibimbangi adalah anggota keselamatan sendiri yang bersekongkol dengan sindiket berkenaan. Sudah pasti mereka juga mendapat laba yang cukup lumayan.

Rakyat mahukan sindiket seperti ini dihukum dengan hukuman yang paling keras!

Sumber : Sinar Harian

Labur, buka bisnes antara taktik biasa ‘cuci’ wang haram

KOTA BHARU: Melabur atau membuka perniagaan antara taktik yang sering digunakan sindiket penggubahan wang haram bagi ‘membersihkan’ hasil yang diperoleh mereka melalui cara tidak sah.

Keadaan itu menyebabkan ada perniagaan yang diusahakan masih beroperasi walaupun tiada pelanggan, malah mampu menambah cawangan atau rangkaian, sedangkan itu antara cara bagi mengaburi pihak berkuasa.

Peguam kanan, Muhammad Hasif Hassan, ketika menceritakan pengalaman mengendalikan kes pengubahan wang haram, berkata antara sumber wang haram adalah perjudian, pelacuran, dadah, peras ugut dan penipuan.

“Mereka tidak akan memasukkan wang ke dalam bank kerana prosedur bank banyak dan menyusahkan. Mereka mempunyai wang tunai yang banyak di tangan.

“Bank menghendaki pendeposit menjelaskan sumber wang berkenaan dengan dikawal selia oleh Bank Negara. Maka, cara mudah bagi mencuci wang haram adalah melalui pelaburan dalam mana-mana perniagaan atau membuka perniagaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pihak berkuasa dengan pengalaman yang ada masih boleh mengesan dan mengenal pasti pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan aktiviti mereka.

“Jadi nasihat saya bagi yang menerima pelaburan atau menjadi rakan kongsi, pastikan sumber wang yang diguna atau dilaburkan adalah betul dan halal supaya anda tidak terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Banyak hukuman yang menanti pesalah seperti harta dirampas pihak berkuasa, akaun bank dibekukan dan juga terdapat hukuman penjara jika sabit kesalahan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Similar Posts