peluang-pendapatan-lumayan-daripada-bisnes-online-internet-digital-ekonomi-promosi-teknikal-tactical

Facebook Comments

Sikap terbuka untuk mendengar semua peluang bisnes yang ada amat penting agar kita tidak terperangkap dengan sikap diri sendiri yang menutup sesuatu yang baik untuk kita. Peredaran masa yang berlaku dan di dunia yang pantas dengan teknologi IT membuat kita perlu lebih peka kepada peluang yang ada agar kita tidak ketinggalan. Jangan sesekali menutup hati bagi mendengar satu bisnes baru. Namun begitu, kita perlu membuat penelitian setelah kita mendengar sesuatu peluang itu. Antara penelitian yang kita boleh buat ialah :

  1. Adakah bisnes ini halal dan sah dari segi undang- undang ?
  2. Adakah bisnes ini mudah dijual dengan harga mampu bayar ?
  3.  Adakah bisnes ini akan menggunakan banyak masa kita ?
  4. Adakah bisnes ini “melekat di badan” kita ? Mesti ada kehadiran kita ?
  5. Adakah bisnes ini memerlukan minima servis sahaja ?
  6. Adakah servis atau produk bisnes ini adalah keperluan ?
  7. Adakah bisnes atau produk bisnes ini akan bertahan lama?

 

Oleh itu, jangan kita menutup peluang yang ada tanpa mendengar dahulu peluang bisnes yang ada. Namun, kita perlulah membuat keputusan dengan penelitian dan bukan sahaja menerima semua peluang bisnes yang ada. Jumpa lagi!

Similar Posts