Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah, bersama- sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita diberikan peluang untuk berada di dalam bulan Ramadan 1443 H ataupun di tahun 2022. Sesungguhnya, keadaan pandemik semenjak tahun 2019 adalah amat mencabar kepada seluruh umat Islam ataupun seluruh umat manusia secara amnya. Ada yang telah kehilangan ahli keluarga dan ada juga yang menghadapi penyakit kesan daripada Covid-19. Kini, pelbagai lagi jenis Covid-19 seperti Delta dan Omicron yang masih lagi berada di kalangan kita. Semoga kita menjaga diri dan sentiasa berwaspada dengan ancaman wabak penyakit ini walaupun kini, sudah masuk bulan puasa.
Puasa adalah melatih diri kita untuk memusabahkan diri dengan kehidupan orang yang tidak bernasib baik. Kita tidak boleh makan dan minum serta membuat perkara- perkara yang membatalkan puasa. Kita hendaklah sentiasa melihat bulan puasa juga adalah satu cara Allah SWT memberikan tubuh badan kita untuk berehat daripada memproses makanan yang berlebihan dan memudaratkan diri kita. Antara perkara – perkara yang kita boleh lakukan di bulan puasa ialah :
- Lebih kerap bersolat jemaah
- Solat sunat terawikh
- Solat- solat sunat lain , qiamulail, taubat dan hajat
- Membaca al-quran
- Berzikir
- Bersedeqah
- Semua perkara yang boleh menambah pahala dan membersihkan diri
Semoga dengan datangnya Ramadan pada tahun ini, ianya memberikan seribu rahmat buat kita semua, InshaAllah.
Facebook Comments