Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1443! Pada tahun ini, adalah tahun kita menyambul 1 muharram di kala wabak penyakit berjangkit yang merbahaya Covid-19 tiba. Sudah pasti, kita merasakan agak berhati – hati di dalam apa jua perkara yang dilakukan. Wabak masih lagi merupakan ancaman yang hebat dan dahsyat kepada seluruh umat manusia. Namun, kita menghadapinya dengan mengambil iktibar dengan musibah ini. Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan sebagai azam di tahun baru ini.
Berubah menjadi lebih baik : Antara perkara yang kita boleh lakukan adalah menjadi insan yang lebih baik. Kita lebih prihatin kepada keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Hulurkan salam pertanyaan khabar dan juga bantuan jika diperlukan. Perbanyakan juga sedeqah daripada biasa dan membantu orang yang susah. Namun, janganlah diharapkan balasan dan berikanlah dengan hati yang ihklas.
Berubah meminati ilmu pengetahuan : Tambahlah ilmu pengetahuan di dalam bidang – bidang berkaitan seperti ilmu agama dunia akhirat, ilmu di dalam pekerjaan ataupun juga ilmu di dalam keusahawanan online. Berikan fokus dan bersabar di dalam pembelajaran sehingga berjaya menguasainya. Jangan kita berputus asa dan sentiasa meningkat diri dari masa ke semasa. Komitmen yang diberikan boleh mengubah diri kita kepada insan yang lebih baik.
Berubah menjaga kesihatan : Jika kita sebelum ini tidak mementingkan kesihatan maka, kita boleh menjaga diri kita dengan membuat aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh. Pelbagai aktiviti senaman boleh dilakukan di dalam dan luar rumah. Kita juga boleh mengadaptasikan minat bersukan seperti berjogging, berbasikal, bermain permainan yang tidak melibatkan kumpulan. Yang penting, jaga SOP ketika bersenam dan elakkan risiko – risiko kesihatan yang lain. Dengan cara ini diharap diri kita terhindar daripada penyakit – penyakit seperti obesiti, lemah jantung, kencing manis, buah pinggang tidak berfungsi dan pelbagai lagi.
Mari kita kita sama- sama berubah dengan mengamalkan hijrah di dalam diri kita. Semoga perkara yang dilakukan bukan sahaja memperbaiki kehidupan kita tetapi turut diikuti oleh orang disekeliling kita sebagai agen perubahan positif.
Facebook Comments