Pada ketika ini, saya telah beberapa bulan menggunakan perkhidmatan ERL Transit daripada Salak Tinggi ke KL Sentral. Jika kita merujuk kepada jadual perjalanan terbaru ERL Transit, ianya amat memudahkan kita kerana kekerapan jadual perjalanan adalah bertambah di waktu puncak. Perjalanan daripada Salak Tinggi ke KL Sentral adalah dalam masa 40 minit sahaja. Jika menggunakan kereta, ianya boleh mencapai sejam setengah. Kemudian, kita boleh mengambil lrt untuk ke destinasi seterusnya. Tempat duduk pula hanya akan penuh pada hentian stesyen Cyberjaya/ Putrajaya ataupun Bandar Tasik Selatan. Sebelum itu, ERL Transit adalah bermula daripada KLIA dan KLIA2. Perkhidmatan ERL ekspress dimansuhkan pada masa ini dan dikombinasikan sebagai ERL Transit.

Waktu beroperasi KLIA Transit adalah daripada jam 5 pagi sehingga 12.00 tengah malam. Kekerapan perjalanan KLIA Transit adalah ditambah daripada setiap 20 minit kepada setiap 10 minit pada waktu puncak. Waktu puncak diklasifikasikan sebagai:
- Jam 7 pagi – 9 pagi
- Jam 5 petang – 7 petang
Berikut adalah adalah kadar tambang untuk perjalanan sehala.

Namun, jika kita adalah pengguna yang kerap KLIA Transit ini, kita boleh mendapatkan pas bulanan. Sebagai contoh, saya menggunakan KLIA Transit TravelCard Fares berulang alik daripada Salak Tinggi Ke KL Sentral, jumlah yang diperlu dibayar ialah RM395. Namun ialah mempunyai dua had iaitu :
- Jumlah perjalanan sebanyak 44 kali
- Tempoh perjalanan dalam satu bulan (30 hari)
Jika salah satu antara dua syarat ini sudah berlaku, maknanya pas bulanan KLIA Transit kita sudah mencapai tempoh dan perlu untuk ditopup di kaunter.

Begitulah serba sedikit info jika anda ingin mendapatkan perkhidmatan daripada KLIA Transit iaitu menggunakan keretapi elektrik ERL. Jom sama-sama menaiki pengangkutan awam.

Facebook Comments