Cuba bayangkan anda sekarang berada di dalam perjalanan balik kampung melalui lebuhraya PLUS dan pemanduan yang anda lakukan adalah di sebelah malam. Pada satu ketika, anda ternampak satu objek di atas lebuhraya dan anda ingin mengelaknya. Namun, anda tidak boleh berbuat demikian kerana di lorong kiri dan kanan anda mempunyai kereta. Oleh itu, anda bertawakal merempuh objek tersebut. Anda berharap perlanggaran itu tidak memberikan sebarang masalah kepada kereta anda dan anda berhenti di tempat yang selamat seperti tempat rehat dan rawat (R&R) untuk melihat kereta anda.
Anda telah dapati terdapat kerosakan yang berlaku terhadap kereta anda. Jadi, apakah yang anda perlu lakukan.
- Kenalpasti kawasan atau KM tempat berlakunya kejadian tersebut. Ambil gambar objek yang dilanggar jika boleh.
- Hubungi pihak PLUS hotline untuk memaklumkan kejadian tersebut. Anda akan mendapat mesej kod rujukan panggilan anda tesebut untu anda gunakan semasa membuat laporan kejadian di website PLUS.
- Buat laporan polis untuk melaporkan kejadian kemalangan tersebut dan jangan lupa untuk meletakkan info ” Tujuan saya membuat laporan ini adalah untuk menuntut ganti rugi daripada pihak PLUS”.
- Dapatkan salinan laporan polis tersebut dan ambil gambar 4 arah kereta daripada depan , kiri, kanan dan belakang. Dapatkan juga gambar kerosakan dan hantar kepada inspektor yang menyiasat.
- Pergi ke bengkel kereta anda dapatkan sebutharga untuk memperbaiki kerosakan tersebut.
- Buat laporan kerosakan kepada pihak PLUS dan menyediakan juga dokumen- dokumen yang diperlukan di website : https://cip.plus.com.my/#/claim-form/PW
- Buat followup melalui email kepada pihak PLUS dengan menggunakan email : claimmanagement @ plus.com.my
Itu sahaja yang anda perlu lakukan. Semoga tuntutan anda berjaya. Jumpa lagi!
Facebook Comments