bicycle-basikal-murah-shopee-lazada-folder-bike-senaman-riadah-exercise

Facebook Comments

Berbasikal adalah satu sukan yang menyihatkan. Apatah lagi aktiviti ini dibenarkan semasa PKP ini. Basikal boleh di dapati di kedai- kedai basikal ataupun daripada website ecommerce seperti Shopee dan Lazada. Saya telah membuat sedikit survey berkenaan dengan harga basikal ini. Saya telah pergi ke beberapa kedai basikal di kawasan Sepang ini, harga yang paling rendah untuk basikal rekreasi ialah RM700 – RM2200. Ada juga basikal yang lebih mahal daripada itu namun, ianya bukan menjadi pilihan kerana harganya yang tinggi dan bukan untuk tujuan perlumbaan atau terlalu serius.

Saya turut membuat survey dengan harga yang dijual di dalam ecommerce Shopee dan Lazada. Harganya lebih murah daripada harga kedai. Jika kedai harga basikal lipat ataupun folded bicycle ini ialah RM700, saya mendapat harga sekitar RM350 sahaja di dalam Shopee. Namun, risikonya tetap ada. Jika penghantaran tidak dikendalikan dengan betul atau cermat, mungkin akan berlaku kerosakan. Namun, oleh kerana harganya 50% lebih murah, saya mengambil risiko tersebut. Anda boleh mencarinya di Shopee dan Lazada.

Bicycle Mountain Bike Foldable Basikal 26 Inch 21 Speed Bicycle [Malaysia Seller Ready Stock]

 

bicycle-basikal-murah-shopee-lazada-folder-bike-senaman-riadah-exercise-lipat

 

Setelah sampai, saya perlu memasangnya kerana ada komponen – komponen seperti handle, tayar depan, disc brake, mud guard, tempat duduk dan beberapa lagi bahagian perlu dicantumkan kepada badan basikal. Saya memperuntukkan hampir 4-5 jam untuk memasang komponen-komponen basikal ini. Ada instruction ataupun yang diberikan namun tidak berapa lengkap. Namun, bolehlah dicuba kerana kita mungkin sudah biasa dengan basikal semasa kecil dahulu. Inilah brandnya “Amin” dan kita berdoa agar kita semua diberikan kesihatan yang unggul dengan sukan berbasikal ini, InshaAllah.

SifuAridz.Com
Similar Posts