Saya banyak bertemu orang yang ingin berjaya membina website. Namun, apabila mereka mencubanya dan mengharungi cabaran yang ada, mereka terkandas. Mereka tidak mahu lagi untuk mencubanya dan merasakan membina website adalah satu perkara yang mustahil untuk mereka lakukan. Di sini, saya ingin berikan beberapa tips agar sesiapa yang ingin membina website akan berjaya akhirnya :
1.Fokus bersasaran – Kita mestilah membuat sasaran bila kita akan siapkan website tersebut. Sebagai contoh, kita membuat keputusan untuk membina website ini dalam masa 3 hari. Oleh itu, kita luangkan masa dan tenagai kita untuk fokus membina website ini.
2.Luangkan masa – Kita mestilah membuat dedikasi meluangkan masa di dalam proses membina website. Ianya tidak dapat dilakukan dengan sempurna jika kita hanya mengharapkan masa yang terhad untuk pembelajaran membina website. Pastikan kita blok masa yang ada bagi tujuan pembinaan website ini.
3.Buat sampai habis – Kita mestilah menjadikan sasaran kita sebagai satu perkara yang kita mesti capai. Kita mencari penyelesaian jika ada cabaran yang dihadapi. Pernahkah kita terfikir jika kita boleh berputus asa di separuh jalan, ini bermakna usaha kita tidak berjaya menepati sasaran kita membina website.
Oleh itu, pastikan kita sentiasa bersemangat dan mempunyai disiplin untuk membina website. Ianya tidaklah terlampau sukar tetapi tidak terlalu senang. Jumpa lagi!
Facebook Comments