Ramai dikalangan kita yang mempunyai telefon pintar telah mencuba pelbagai apps yang boleh di download di Google Play. Namun, kita kena berhati – hati kerana ada wujudnya apps yang membuat penipuan. Anda mungkin diberikan masa trial atau tempoh percubaan untuk menggunakan apps tersebut. Namun, apabila habis tempoh percubaan, bayaran dikenakan secara serta merta tanpa perlu mendapatkan info kad kredit anda terlebih dahulu. Ini adalah kerana info kad kredit anda sudah berada di Google Play.
Antara Apps yang telah dikenalpasti telah melakukan penipuan ialah :
VeganDiet
RM59.99
Soft Diet
RM109.99
FitEx
RM109.99
AppsĀ seperti di atas telah melakukan charge secara mingguan. Jika kita tidak membuat semakan mengenai apps yang telah mengenakan charge tersebut maka, duit kita akan melebur setiap minggu dengan apps yang demikian. Anda boleh membuat report kepada Google Apps jika ianya telah terjadi kepada anda. Antara info penting yang anda perlu sediakan ialah masa dan jumlah bayaran yang dibuat.
Untuk pihak bank pula, anda boleh menghubungi untuk mendapatkan kad kredit baru. Oleh itu, charge kepada kad kredit lama tidak akan digunakan lagi kerana nombor kad adalah baru.
Facebook Comments