internet-business-online-marketing-kerja-parttime-sambilan-buat-duit-dengan-website-laman-web-seo

Facebook Comments

Kini, ramai yang terpaksa memiliki kehidupan yang terhad akibat dari pandemik covid-19. Namun, kita boleh membuat aktiviti – aktiviti online tanpa sekatan daripada rumah. Saya sudah beronline business daripada tahun 2006. Apakah tiga perkara yang menarik daripada aktiviti online pernah saya dapat ?

 

1. Pendapatan pertama saya bermula daripada online business pada bulan keempat saya membuat online business. Saya tidak mendapat apa- apa income pada tiga bulan pertama. Namun, saya tidak berputus asa dan teruskan impian saya memiliki perniagaan online dan mendapatkan pendapatan pada bulan keempat. Jadi, nasihat saya jangan berhenti dan sentiasalah upgrade diri untuk memulakan pendapatan online.

2. Kemahiran saya semakin bertambah dengan penggunaan aplikasi dan tools online yang membolehkan saya membina website dan membuat pemasaran online. Teknik membina website dengan menggunakan SEO bagi menaikkan ranking di tempat teratas Google menjadikan cabaran yang saya amat suka. Saya memulakan dengan menggunakan aplikasi dan tools percuma dan seterusnya membuat perlaburan bagi mendapatkan aplikasi atau tools yang berbayar jika tiada pilihan. Begitu juga dengan teknik pemasaran yang semestinya ingin menarik lebih ramai bakal pelanggan.

3. Saya amat seronok apabila berjumpa di online dengan rakan- rakan yang turut meminati bidang perniagaan online. Dengan itu, saya boleh berkongsi- kongsi pendapat dan teknik -teknik yang digunakan. Walaupun saya tidak menyukai menggunakan social network secara berdepan, kita boleh juga melakukannya secara di belakang tabir dengan membuat post- post menarik di website dan mendapatkan trafik daripada social network.

 

Begitulah antara tiga perkara yang menarik yang saya daripada online. Ianya adalah satu pengembaraan yang menyeronokkan dan adakah anda telah turut serta dengan bisnes online? Jumpa lagi!

Similar Posts