eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
malaysia-piala-afc-layak-ke-suku-akhir-arab-saudi

KUNSHAN, China 16 Jan. – Pemain tengah skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan, Danial Amier Norhisham muncul wira negara apabila membantu Malaysia layak ke peringkat suku akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) (B-23) selepas menewaskan Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan, hari ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim turut menjadi pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara layak ke suku akhir apabila Thailand terlebih dahulu tersingkir selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan B, apabila tewas semua perlawanan.

Status Vietnam hanya dapat diketahui esok apabila mereka bakal bertemu Syria dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Changshu esok. – UTUSAN ONLINE

MALAYSIA berjaya cipta kejutan dengan menewaskan Arab Saudi dalam aksi kumpulan C Kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) 2018, sebentar tadi.

Kejayaan ini sekaligus berjaya lakar sejarah pasukan negara mara ke peringkat suku akhir. Malaysia berjaya menang tipis 1-0 hasil jaringan oleh Daniel Amier pada minit ke-28 separuh masa pertama. Ini merupakan antara kejayaan besar yang berjaya di lakar skuad kebangsaan negara.

Malaysia sebelum ini seri 1-1 dengan Jordan dalam aksi kedua kumpulan C. – SINAR HARIAN

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *