eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
memandu-berhati-tips-pemanduan-kereta-motokar-mewah-bmw-mercedes-toyota-honda-nissan-perodua-proton

Ramai yang akan bermula balik kampung pada hari ini. Oleh itu, harus diingat kepulangan kita dinantikan dan jangan pula disusuli dengan berita sedih untuk yang tersayang. Jangan rosakkan sambutan perayaan pada hari ini. Di bawah ini, ada beberapa tips yang boleh dilakukan agar keselamatan kita sentiasa terjamin semasa pemanduan./

  1. Keadaan kereta – Sentiasa peka dengan keadaan kereta kita. Maklumlah, jika terasa gegaran ataupun pemanduan yang sedikit berbeza, periksa sekeliling kereta. Periksa kesemua tayar dalam keadaan yang baik. Jika ada yang memberikan isyarat kepada anda, perlahankan sedikit kereta dan berhenti jika perlu. Lampu brek ok tak? Lampu signal? Perkara- perkara ini boleh rosak semasa di dalam pemanduan dan mungkin tidak menjadi masalah semasa servis kenderaan anda tempohari.
  2. Tidur sekejap – Lelapkan mata  anda sekejap selepas dua jam pemanduan. Pastikan anda mencari tempat yang sesuai seperti di R&R untuk berehat. Elakkan tempat berisiko tinggi. Maklumlah, keselamatan perlu dijaga juga. Banyak kes kemalangan berlaku kerana pemandu terlelap sekejap. Bukan lama pun, sesaat dua sudah cukup membahayakan anda sekeluarga. Dapatkan feedback dan mungkin ada yang hon apabila melihat pemanduan anda seperti ular kena palu.
  3. Berdoa & memandu tanpa tekanan – Berdoalah untuk keselamatan. Bacalah Bismillah sebelum memandu. Memandulah dengan perasaan yang seronok dan tanpa tekanan. Maklumkan diri anda yang anda sedang memandu semasa perayaan. Banyak kereta dan jalanraya sesak. Tidak perlu memandu tanpa tekanan. Jangan sesekali mengambil sikap provokasi semasa memandu. Biarlah orang lain buat kita, tak perlu nak membalasnya.

Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir & batin. Semoga perjalanan kita selamat ke destinasi yang ingin dituju.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *