eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
taxi-grabcar-grab-car-teksi-uber-ehailing-rental-car-rentcar

Penumpang merosot 80%

– Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Oktober 2017

Kuala Lumpur: Kewujudan perkhidmatan kereta persendirian GrabCar dan Uber tidak dinafikan memberi kesan buruk terhadap pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Selain terpaksa berdepan masalah sewa permit dengan kadar bayaran yang tinggi di samping sukar mendapatkan pelanggan menyebabkan seorang bekas pemandu teksi, Abd Khalil Ali, 54, beralih angin kepada perkhidmatan GrabCar kerana tidak sanggup berdepan masalah pendapatan bulanan yang sedikit.

Menurutnya, selepas menjadi pemandu GrabCar, dia tidak lagi berdepan tekanan itu, malah pendapatan yang diperoleh kini lebih lumayan.

“Sejak beralih angin kepada perkhidmatan GrabCar, setiap bulan saya boleh dapat gaji lebih dari RM5,000.

“Sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan tetapi kini dapatlah saya membuat simpanan selain berbelanja untuk menampung persekolahan anak,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Dia yang mempunyai tujuh anak berkata, dia tidak boleh terus bergantung terhadap pendapatan menjadi pemandu teksi yang kini dilihat merosot sehingga 80 peratus akibat persaingan dengan GrabCar dan Uber.

“Dengan menjadi pemandu GrabCar, dapatlah saya menambah sumber pendapatan melihatkan kos sara hidup yang semakin tinggi pada masa kini.

“Alhamdulillah sejak lima bulan menjadi pemandu GrabCar, kini pendapatan saya bertambah dan dapatlah saya menyara kehidupan keluarga dan persekolahan anak,” katanya.

Tambahnya lagi, melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak stabil, dia perlu bekerja lebih masa daripada pekerjaan sebelum ini demi mencari duit untuk menampung kehidupan keluarga.

“Setiap hari, saya memandu antara 16 hingga 23 jam sambil menunggu permintaan daripada penumpang menerusi aplikasi berkenaan.

“Pernah juga saya memandu dari Shah Alam ke Pulau Pinang atas permintaan penumpang. Demi mencari rezeki dan menambah sumber pendapatan, saya ikutkan saja walau terpaksa berdepan jarak perjalanan yang jauh,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Seksyen 13, Shah Alam.

Beliau berkata, pemandu teksi kini tidak terikat malah bila-bila masa saja mereka boleh menjadi pemandu GrabCar dengan mendaftar di laman web rasmi atau hadir ke pejabat GrabCar yang terletak di Petaling Jaya.

“Persatuan teksi tidak menghalang ahlinya mencari sumber pendapatan sampingan asalkan mereka membayar sewa permit sebanyak RM45 hingga RM55 sehari.

“Kini, GrabCar turut menggalakkan pemandu teksi beralih arah menjadi pemandu GrabCar yang mana pihak mereka menyediakan pelbagai insentif bagi menggalakkan tenaga kerja di samping menjana pendapatan tinggi,” katanya lagi.

Khalil berkata, walaupun pelbagai program penambahbaikan perkhidmatan teksi dilaksanakan seperti aplikasi 2GO, MyTeksi, PICKnGO dan EASY Taxi, masih lagi tidak dapat menarik perhatian rakyat Malaysia disebabkan kurangnya publisiti serta sambutan dari orang ramai.

“Sikap pemandu teksi itu sendiri perlu berubah dan jangan hanya mengeluh jika pendapatan yang diraih sedikit.

“Pemandu teksi seharusnya lebih berdisiplin dan mematuhi keperluan pengguna sekaligus dapat menonjolkan imej positif sistem pengangkutan awam di negara ini,” katanya.

Dia berkata, setakat ini belum ada kaedah baru untuk menarik orang ramai menaiki teksi selain memperkenalkan aplikasi PICKnGO baru-baru ini.

“Dalam meningkatkan mutu perkhidmatan teksi, saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenakan sistem dimerit kepada pemandu teksi yang melanggar peraturan seperti tidak memakai meter dan mengambil kesempatan terhadap penumpang terutama pelancong asing sebagai langkah mendisiplinkan mereka,” katanya lagi.


Teksi bantah sahkan Uber, Grabcar

– Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2016

Kuala Lumpur: Operator perkhidmatan teksi tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan membenarkan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Aslah Abdullah berkata, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak memikirkan kebajikan pemandu ketika mengesyorkan langkah itu.

“Kalau nak tingkatkan perkhidmatan teksi, sepatutnya SPAD perlu adakan perbincangan dengan operator teksi sebelum membuat pembaharuan,” katanya mengulas keputusan Kabinet Rabu lalu, yang meluluskan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah.

Keputusan itu dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Azharuddin Mat Sah membentangkan kertas kerja mengenai Uber dan GrabCar.

Aslah berkata, kehadiran Uber dan GrabCar di negara ini berpunca daripada penguatkuasaan SPAD yang “tidak mantap dan lemah”.

Penasihat Big Blue Capital (M) Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail pula berkata, kerajaan membuat keputusan itu secara tergesa-gesa tanpa meneliti terlebih dahulu implikasinya terhadap industri teksi negara.

“Keputusan ini membuatkan kami (pemandu teksi) jadi tak gembira …kami menyatakan ‘bukan sekarang’… jangan hanya kerana segelintir pemandu teksi bermasalah, kerajaan terus membuat keputusan ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau yang mewakili 800 pemandu teksi daripada syarikat itu menggesa kerajaan menyelesaikan isu teksi terlebih dahulu sebelum membenarkan Uber dan GrabCar beroperasi secara sah.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *