eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
juara-piala-malaysia-2017-jdt-johor-darul-takzim-kedah-darul-aman-piala-malaysia

Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah memburu kemenangan seawal minit kedua apabila telah berjaya menjaringkan gol hasil daripada tendangan sudut Syafiq Rahim dan ditanduk cemerlang oleh Aidil Zafuan.

Gol kedua pula terhasil oleh Gabriel Cabrera.

Tahniah JDT! Kedah boleh cuba lagi!

 

 

JDT juara Piala Malaysia 2017

SHAH ALAM 4 Nov. – Johor Darul Ta’zim (JDT) akhirnya berjaya memahat sejarah tersendiri apabila dinobat sebagai juara Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Kedah 2-0 dalam saingan akhir di Stadium Shah Alam, hari ini.

Kemenangan tersebut diraih JDT selepas tranformasi dilakukan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 2014 dan kecemerlangan di Shah Alam itu adalah kejayaan tertinggi di peringkat domestik selepas berjaya meraih Piala FA (2016) serta Piala Sumbangsih (2015 dan 2016) di bawah penjenamaan semula.

Ia juga mengubat kekecewaan JDT yang gagal meraih gelaran Piala Malaysia pada 2014 selepas tewas kepada Pahang menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan tersebut JDT tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan awal menerusi tandukan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak sewaktu minit ketiga selepas memanfaatkan hantaran lintang daripada Safiq Rahim.

Gol awal tersebut seakan memberikan tekanan kepada Kedah manakala JDT dilihat lebih selesa melancarkan serangan malah dalam separuh masa pertama skuad Harimau Selatan itu berupaya melakukan tujuh percubaan dengan dua tepat ke gawang Lang Merah.

Bermula babak kedua menyaksikan Kedah hampir berjaya mendapatkan gol sewaktu minit ke-55 namun tandukkan pemain sayap kanan, Baddrol Bakhtiar sekadar terkena di palang gol JDT.

Kelekaan Lang Merah untuk mencari gol penyamaan dihukum oleh serangan balas pantas JDT yang berjaya menambah gol kedua pada minit ke-62 menerusi Gabriel Cabrera selepas mudah menolak bola hantaran baik daripada Ahmad Hazwan Bakri.

Peluang Kedah untuk merapatkan jurang jaringan sekali lagi hampa apabila kali ini sepakan Baddrol sekadar menggegar tiang gol yang dikawal oleh Mohd Izham Tarmizi Roslan pada minit ke-67.

 

Artikel Penuh: Utusan. com. my

 

 


Johor isytihar cuti

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa hari ini susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ) menjuarai Piala Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani, selepas perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, malam tadi, berakhir dengan kemenangan JDT ke atas Kedah, 2-0.

“Ini satu kejayaan bersejarah selepas 25 tahun Johor tidak memenangi sebarang Piala Malaysia dan pengumuman cuti ini merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor.

“Pengumuman cuti ini adalah sebagai menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang terdahulu memperkenankan cuti peristiwa itu sekiranya pasukan JDT muncul juara selaras dengan peruntukan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369),” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, merakamkan ucapan tahniah ke atas kejayaan pasukan JDT itu.

Beliau berkata, Kerajaan Johor turut mengucapkan syabas kepada penyokong yang sentiasa berdiri bersama pasukan JDT.

“Ini adalah hari yang bersejarah bagi Johor. Johor bangga dengan JDT. Terima kasih JDT.

“Saya juga ingin merakamkan ucapan menjunjung kasih di atas sokongan tidak berbelah bahagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kepada pasukan itu selama ini.

“Tidak dinafikan juga, peranan besar yang turut dimainkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ke atas pasukan JDT sehingga berjaya muncul sebagai satu daripada pasukan bola sepak yang disegani di rantau Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, malam tadi.

Mohamed Khaled berkata, ucapan tahniah juga harus diberikan kepada pasukan Kedah kerana mempamerkan permainan yang baik.

“Permainan bertenaga yang ditonjolkan kedua-dua pasukan berjaya menunjukkan mutu bola sepak bertaraf final sebenar kepada semua penonton,” katanya.

Artikel penuh: Bharian. com .my

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *