eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
kereta-perjalanan-hari-raya-kemalangan-selamat-statistik-trafik

Jika kita ingin melakukan perjalanan jauh balik kampung di hari raya nanti, pastikan kereta kita sudah bersedia. Akan menjadi masalah yang besar jika kita mengambil sikap sambil lewa dan tidak memperdulikan keadaan kereta kita sehingga menyebabkan keselamatan kita sekeluarga terganggu. Bayangkanlah di kala anda sudah penat berhari raya, tiba- tiba sahaja kereta anda membuat masalah dan terhenti di dalam perjalanan. Bukan sahaja, masa anda akan terbuang tetapi wang ringgit juga akan dibazirkan.

Oleh itu, perkara- perkara di bawah adalah disarankan kepada anda sebelum memulakan jalan balik kampung nanti:

  1. Servis kereta : Tukar minyak pelincir, tukar oil filter. Periksa air bateri, minyak power stering, dan pelbagai lagi. Periksa juga brake pad, lampu- lampu dan handbrake supaya berfungsi dengan selamat. Bagaimana pula keadaan wiper dan juga air-cond?
  2. Tayar kereta : Pastikan tayar di dalam keadaan baik, coraknya masih jelas. Jangan sesekali membuat pilihan “tukar nanti” jika keadaannya sudah hampir botak. Bayangkan anda memandu semasa hujan, jalan menjadi licin dan boleh menyebabkan anda terbabas atau terlibat dalam kemalangan.
  3. Duit minyak & tol: Rancang dulu perbelanjaan untuk duit minyak dan tol. Pastikan jumlah yang cukup. Touch n go juga perlu di reload terlebih dahulu sebelum memasuki lebuhraya. Nanti terpaksa beratur panjang pula untuk reload.

Begitulah antara perkara -perkara penting untuk memastikan perjalanan yang selesa. Rancang perjalanan anda supaya anda juga berhenti rehat selama setengah jam untuk setiap dua jam perjalanan. Jangan abaikan keadaan anda yang mungkin mengantuk. Pastikan anda rehat sebentar agar segar di pemanduan seterusnya. InshaAllah, sama- sama kita dan keluarga kita selamat dan tidak membahayakan pemandu lain dan keluarga mereka di jalanraya.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *