eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
lapan-sebab-kenapa-belajar-wordpress

Apabila kita ingin melakukan sesuatu, sudah pasti ada sebab kukuh kita melakukannya. Jika tidak ada sebab yang kukuh dan juga boleh diterima, mungkin perkara yang kita lakukan itu menjadi sia- sia. Oleh itu, kenapa kita belajar membina website menggunakan WordPress?

Ini adalah lapan sebab atau alasan kenapa kita belajar membina website menggunakan CMS WordPress.

1.Wordpress adalah CMS no 1 di dunia. Ianya mengatasi pelbagai CMS lain seperti blogspot, joomla dan drupal. Dengan menggunakan Google Trend , kita dapat lihat carta penggunaan CMS  WordPress ini yang mengungguli kedudukan pada ketika sekarang.

2.Pelbagai template atau theme yang menarik boleh didapati dengan WordPress. Theme ini adalah berdasarkan tujuan dan tema website kita. Pelbagai theme yang percuma memenuhi kehendak. Ada juga theme premium yang boleh kita dapatkan dengan sedikit modal untuk menaikkan lagi seri website kita.

3.Plugin yang banyak melebihi jumlah 20 ribu. Pelbagai pilihan plugin dan widget kita boleh gunakan untuk website kita. Sudah tentu kita tidak menggunakan kesemuanya tetapi dengan adanya pilihan – pilihan ini, ianya membuatkan pembinaan website kita menjadi lebih mudah dan menepati kehendak. Pasti kita perlu memilih dengan teliti daripada beberapa plugin untuk sesuatu tugas.

4.Wordpress adalalah content management system yang amat mudah digunakan. Pasti kelebihan “user friendly” menjadi keutamaan. Dengan adanya langkah- langkah yang mudah dan tidak merumitkan, pengalaman membina website tidak memeningkan kepala. Dengan latihan yang cukup, sudah pasti kita teringin untuk membina lebih banyak website dengan WordPress.

5.ECommerce website boleh dibina dengan mudah dengan menggunakan woocommerce. Inilah kelebihan WordPress yang menjadi pilihan kepada kebanyak peniaga Internet. Sudah pasti, sesuatu yang nampak mustahil pada suatu ketika dahulu, kini dapat dibina dengan mudah oleh seseorang tanpa pengetahuan IT. Yang penting, ada minat untuk mendalami ilmu dan terus belajar dan pratikkan. Lalukan perniagaan dan jualan sebenar!

6.Kemaskini versi terbaru di WordPress dengan mudah. Jika CMS lain, ianya tidak dapat dilakukan kerana versi terbaru tidak sama dengan versi terdahulu. Theme atau plugin tidak sesuai dengan versi terbaru. Namun, ianya tidak terjadi di WordPress. Kita boleh upgrade versi wordpress tanpa ada kesulitan ke atas theme atau plugin yang sedia ada.

7.Rekabentuk responsif yang membuatkan paparan yang sesuai di mobile phone. Tidak dapat kita nafikan 70% orang sekarang melayari Internet dengan smart phone. Oleh itu, responsive design amatlah diperlukan dan ianya mudah disediakan di dalam WordPress. Kebanyakan theme WordPress sudah pun built-in responsif.

8.SEO adalah satu perkara yang amat penting di dalam pembinaan website. Ianya adalah penentu ranking sesebuah website di dalam enjin carian Google. Dengan WordPress, kita mudah meletakkan “enjin roket” SEO. Dengan plugin yang tersedia ada dan teknik – teknik kayakan keywords di dalam website kita amat mudah dilakukan dengan WordPress.

Begitulah kelebihan WordPress yang amat mendahului CMS lain. Pastikan kita tidak ketinggalan mempelajarinya di kursus-wordpress.com

 

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *