eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
lhdn-income-tax-lembaga-hasil-dalam-negeri-bisnes-online-dalam-talian-internet-marketing

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin menarik perhatian pihak media dan orang ramai mengenai isu cukai perniagaan dalam talian (online) yang banyak diperkatakan beberapa hari ini.

Harap maklum bahawa tiada peruntukan khusus berkenaan layanan terhadap cukai pendapatan perniagaan online di Malaysia. LHDNM melayani cukai pendapatan perniagaan online sama seperti cukai pendapatan perniagaan offline/konvensional. Di mana menurut Seksyen 4 Akta Cukai Pendapatan 1967, pendapatan suatu perniagaan layak dikenakan cukai pendapatan setelah mengambilkira semua perbelanjaan yang layak dibenarkan dalam perniagaan dan pelepasan-pelepasan cukai yang layak dituntut oleh para peniaga tersebut.

Bagi perniagaan online yang dijalankan oleh individu, cukai pendapatan mereka akan mengikut kadar cukai pendapatan individu bermula dari 0% sehingga 28% (mulai Tahun Taksiran 2016). Manakala bagi perniagaan online oleh syarikat pula kadar cukai pendapatan yang akan dikenakan adalah antara 19% dan 24%.

Justeru, jelas bahawa cukai pendapatan terhadap perniagaan online ini bukanlah suatu perkara baharu, di mana ia merupakan jenis cukai pendapatan yang sama dikenakan ke atas para peniaga konvensional (offline).

Menyedari kepesatan pertumbuhan perniagaan online sejak beberapa tahun ini, LHDNM telah mengambil inisiatif menerbitkan satu garis panduan teknikal berhubung layanan cukai pendapatan terhadap perniagaan elektronik (e-Dagang) bertajuk “Garis Panduan Percukaian Perdagangan Elektronik” pada tahun 2013. Selain itu, risalah berkaitan eDagang juga turut diterbitkan setiap tahun untuk rujukan orang ramai dalam menguruskan urusan percukaian mereka. Garis panduan dan risalah ini boleh dimuat turun daripada Portal Rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my .




Garis Panduan Teknikal:
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GUIDELINES_ON_TAXATION_OF_ELECTRONIC_COMMERCE.pdf

Risalah:
http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/17_e_Dagang.pdf

Sehubungan itu kami menasihatkan semua peniaga online agar mendaftarkan perniagaan dengan agensi berkaitan, membuka fail cukai pendapatan dengan LHDNM dan menyimpan semua dokumen perniagaan mereka. Pendapatan daripada perniagaan online tersebut perlu diisytiharkan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan cukai pendapatan yang ditaksir hendaklah dibayar kepada LHDNM pada setiap tahun.

Sekiranya para peniaga online mempunyai sebarang kemusykilan mengenai isu ini bolehlah melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau berhubung terus dengan Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-800-88-5436 atau usulkan sebarang pertanyaan melalui borang maklum balas LHDNM di pautan berikut:
http://maklumbalas.hasil.gov.my/

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh:
Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar
Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tel : 03-8313 8888
Faks : 03-8313 7801
Tarikh: 23 Mei 2016

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *