eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
kes-cikgu-ibu-bapa-menampar-guru-bahaya-kecederaan-kepala

Ibu bapa atau guru- guru tidak seharus memberikan hukuman menampar pelajar. Kenapa? Inilah bahayanya jika terjadi kecederaan di bahagian kepala.

Kita semua gerun apabila mendengar ungkapan “kecederaan kepala” kerana kita yakin dan percaya bahawa kecederaan kepala ialah suatu keadaan yang membawa maut. Berapa ramai antara kita yang sebenarnya tahu bagaimana mengenal pasti keadaan ini seawalnya untuk mengelakkan bahaya maut itu?

Marilah kita fahami anatomi atau kedudukan asas otak kita dahulu. Otak terletak di dalam tengkorak – seumpama suatu peti yang tertutup rapat. Ada satu lapisan selaput nipis di antara otak dan tengkorak. Otak sendiri terapung-apung dalam takungan cecair serebrospinal yang kekal mengapungkannya dan menyerap hentakan ke suatu takat tertentu. Namun kecederaan masih boleh berlaku sekiranya hentakan tersebut terlalu kuat.

Dua perkara utama untuk diingati ialah:

  • Bukan semua trauma menyebabkan kecederaan kepala.
  • Bukan semua pesakit yang mengalami kecederaan di kepala tidak sedarkan diri.

Lanjutan daripada kecederaan kepala yang teruk (traumatik), kebanyakan pesakit akan pengsan untuk suatu tempoh masa dan kebanyakan mereka akan sedar sepenuhnya selepas itu. Sesetengah pesakit akan mengalami amnesia atau hilang ingatan sementara atau kekal, melibatkan peristiwa yang berlaku sebelum atau selepas kecederaan atau kemalangan (trauma).

Isipadu di dalam tengkorak ialah tetap dan dirujuk sebagai isipadu intrakranium (intra: dalam, cranium: tengkorak) dan isipadu ini bertambah selepas kecederaan (trauma) otak, dan mengakibatkan tidak sedarkan diri. Sekiranya kecederaan berlarutan, ia akan membawa maut. Tidak seperti anggota tubuh yang lain, otak tidak akan sembuh atau pulih atau tumbuh semula seperti sediakala dan kerosakan struktur kepada otak merupakan suatu kerosakan yang kekal.

Mengenali gejala tekanan intrakranium yang bertambah ialah perkara penting untuk pengesanan awal kecederaan otak. Gejala-gejala ini termasuklah:

  • Sakit kepala
  • Lemah seluruh tubuh badan
  • Resah gelisah
  • Mengantuk atau pening
  • Muntah berulang kali
  • Sawan atau ‘tarik’
  • Penglihatan kabur
  • Tidur

Pengsan berpanjangan (kebanyakan orang akan sedar kembali dalam masa 10 minit)
Gejala bayi: sukar makan, kurang aktif, mudah terusik dan tangisan yang tidak berhenti
Ada kalanya, pesakit boleh kembali sedar sepenuhnya selepas pengsan beberapa ketika dan kemudian kembali merosot atau rebah. Tempoh ini ditakrif sebagai “sela sedar”. Sela masa ini ialah tempoh keemasan untuk mencari gejala-gejala di atas dan ia boleh bertahan selama 6 hingga 8 jam dan mengelak kematian. Selepas doktor datang memeriksa pesakit yang jatuh atau mengalami kecederaan (trauma) ringan, kami selalunya mendapati perkara-perkara untuk diawasi sekiranya terdapat kecederaan otak. Ini dinamakan “Head Injury Advise” atau “Nasihat berkenaan Kecederaan Kepala” dan kebanyakannya berkenaan langkah berjaga-jaga terhadap gejala-gejala tersebut.

Perkara penting yang ingin disampaikan di sini ialah kebolehan untuk mengenal pasti gejala peningkatan tekanan intrakranium. Jika terdapat gejala, maka hendaklah dirujuk ke hospital berdekatan secepat mungkin. Biasanya pasukan bedah otak akan dimaklumkan dan pengimejan selanjutnya akan dilaksanakan, contohnya imbasan Computed Tomography (CT) atau CT Scan untuk menentukan rawatan seterusnya. Oleh itu, dengan adanya ilmu dan pengetahuan dalam pengesanan kecederaan kepala awal, ianya dapat membantu pihak kesihatan dan perubatan mencegah kematian.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *