eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
karl-henz-weigang-coach-perak-malaysia-olympics

IPOH: Bekas jurulatih pasukan bolasepak kebangsaan, Karl-Heinz Weigang, meninggal dunia pada usia 81 tahun di Jerman petang ini waktu Malaysia, berikutan serangan jantung.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan media oleh The Bos Gaurus pada petang Selasa.

Lagenda Weigang yang dikenali sebagai “Atuk” di kalangan peminat bolasepak Perak pernah membawa Malaysia ke puncak kegemilangan sewaktu mengetuai pasukan ke Olimpik 1980.

Weigang juga pernah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan pencapaian tertinggi dalam arena bolasepak dunia melalui penganugerahan Merit of Gold daripada FIFA pada tahun 1998.

Mengetuai sebanyak lapan pasukan kebangsaan termasuk Vietnam, Mali, Sri Lanka dan Malaysia, Weigang juga pernah mencurahkan ilmu beliau di pasukan Perak, Johor dan pasukan kebangsaan sejak berkecimpung bermula tahun 1964 hingga 2017.

Jurulatih veteran yang komited dalam kerjayanya merentasi benua Afrika dan Asia ini juga dikenali sebagai seorang berdedikasi dan mengangkat tinggi etika FIFA di dalam perjalanan kariernya.

Baru-baru ini, rakan karibnya, bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia pada 9 Jun lepas di Hospital KPJ Ipoh. – Astro Awani


BEKAS jurulatih bola sepak Malaysia, Karl Heinz Weigang, 82, meninggal dunia di Jerman akibat serangan jantung, hari ini.

Jurulatih lagenda ini pernah membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik di Moscow, Russia pada 1980 namun pasukan negara menarik diri akibat protes terhadap negara tuan rumah.

Weigang menjadi jurulatih yang sentiasa menjadi kesayangan penyokong-penyokong Perak apabila kehadirannya berjaya membawa pelbagai kejayaan kepada skuad The Bos Gaurus termasuk menjuarai Piala Malaysia pada 1998 dan 2000.

Weigang turut menjadi jurulatih pasukan Perak pada awal musim tahun ini sebelum memutuskan secara bersama dengan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk meninggalkan pasukan itu pada Februari lalu.

PAFA dalam satu kenyataannya di Ipoh berkata, persatuan itu, pemain serta seluruh penyokong skuad The Bos Gaurus melahirkan rasa sedih atas kehilangan lagenda bola sepak Perak itu dan melahirkan takziah kepada ahli keluarga mendiang. – Harian Metro

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *