eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
mmall-mc-mizal-mface-perlaburan-investment

KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal, Datuk AC Mizal menafikan mempunyai kaitan dengan skim piramid Mface Club yang dilumpuhkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNNKK) bersama lima syarikat lain, pada Isnin lalu. AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 45, berkata, beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jaringan Sosial Mface dua tahun lalu, selepas menyedari ada perkara yang tidak kena di sebalik penubuhan laman sosial itu.

“Saya hanya dilantik sebagai pengerusi kepada jaringan sosial, yang ketika itu namanya Mface. Pada awal pelantikan, semuanya berjalan lancar. Lama-kelamaan saya dapati ada perkara tak kena terutama dari segi pengurusan dan soal wang. “Enggan terbabit, saya pun meletakkan jawatan dua tahun lalu dan Februari lalu saya ada muat naik sebuah video di laman Instagram menyatakan yang saya tidak lagi terbabit dengan Mface dan memberi amaran supaya mereka tidak lagi menggunakan nama saya dalam apa juga urusan perniagaan mereka, ” katanya kepada BH. AC turut menghantar video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada 6 Februari itu sebagai bukti.

Ditanya apakah reaksinya tatkala membaca berita mengenai pembekuan skim piramid itu, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Mazlan dalam drama bersiri Gerak Khas itu berkata, beliau tidak terkejut kerana sudah dapat mengagak perkara berkenaan pasti berlaku. Dalam operasi berkenaan, KPDNKK dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan Pejabat Peguam Negara membekukan 91 akaun bank bernilai RM177 juta milik skim piramid yang bertapak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur atas kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sumber: Berita Harian

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *