eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
phd-doctor-of-phylosophy-doktor-ahmad-ridzuan-kejuruteraan

Hari ini adalah hari saya mendaftar di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai seorang pelajar PhD. Ianya adalah perjalanan terbaru saya untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi. Sebelum ini, pembelajaran saya :

  1. Bachelor degree of Mechatronics Engineering  – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) , 1996-2000
  2. Master of Information Technology Entrepreneurship – Universiti 2Teknologi Malaysia (UTM), 2015-2017

dan kini saya mencuba pula untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Doktof Falsafah (PhD). Bidang yang menjadi tajuk kajian adalah seperti di bawah :

PROGRAM       : DOKTOR FALSAFAH (KEJURUTERAAN MIKRO & NANOELEKTRONIK)
JABATAN          : KEJURUTERAAN ELEKTRIK, ELEKTRONIK DAN SISTEM
TAJUK PROPOSAL : IC PACKAGING/ MICROELEKCTRONICS

Pada hari ini, Jam 8.45 pagi saya sudah sampai di Aras 6, Pusat Pengurusan Akademik, UKM. Setelah membuat pendaftaran yang mengambil masa hanya 15 minit, saya telah pergi berjumpa dengan penyelia saya Ir. Dr. Nazrul untuk merancang langkah seterusnya di pejabatnya di Pusanika (Students Service Centre). Selain pensyarah, beliau juga adalah timbalan pengarah perhubungan alumni yang berpejabat di situ.
pusanika-ukm-pelajar-ukm-degree-master-phd

Untuk semester pertama ini, ianya lebih kepada “Literature Review”. Adalah dicadangkan untuk saya membaca technical conference paper satu setiap minggu. Kemudian, menyediakan dalam 10 presentation slides mengenai paper tersebut.  Antara tempat boleh mendapatkan paper tersebut ialah daripada Google Scholar dan IEEE.

Antara topik – topik yang dikenalpasti di dalam semiconductor ialah MCM, miniature device, finite element simulation, DOE optimization, proses statistical analysis, IC reliability , etc.

Saya telah membeli satu log book untuk mencatat progress saya di dalam perjalanan baru ini. Walaupun saya mendaftar sebagai full time student tetapi saya melakukannya sebagai part time student kerana turut juga bekerja. Sama- sama kita doakan kejayaan kita. Terima kasih.

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *