eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
agen-cari-kerja-tipu-jobsifu-menganggur-jobs-interview-resume

Baru- baru ini, ada kisah ramai pencari kerja merasakan diri tertipu dengan satu karnival kerjaya yang agak besar dijalankan di utara negara. Apabila ramai beratur panjang dengan pakaian menghadiri temuduga dan ada yang lengkap bertali leher namun, sangkaan mereka meleset sama sekali. Harapan untuk mendapatkan temuduga dan kerja “on the spot” juga tidak kesampaian.

Apakah yang terjadi? Mereka perlu membuat pembayaran RM50 untuk mendaftar dan seterusnya menbayar pula RM50 untuk 5 borang. Jadi, jumlah keseluruhannya ialah RM100. Bayangkan jika ada 1000 orang yang hadir setiap hari untuk dua hari, maknanya, penganjur boleh mendapatkan RM200 000 untuk acara yang menganiayai peserta yang sama – sama sekali kebanyakan adalah graduan yang masih belum mendapat kerja.

Semoga acara seperti ini tidak lagi diadakan dan mendapat perhatiaan pihak berkuasa. Kasihan kepada mereka yang telah pergi dengan harapan mengubah nasib dengan mendapat pekerjaan tetapi akhirnya ditipu dengan kerugian RM100 pula setiap seorang. Berikut adalah berita- berita di akhbar mengenai dengan karnival kerjaya ini.

jobsifu-penipu-karnival-kerjaya-scam-beratur-interview-temuduga


Jobsifu.com Ditutup, Kerajaan Kedah Nafi Terlibat

PETALING JAYA: Portal pekerjaan dalam negara, Jobsifu.com telah menutup laman Facebooknya susulan dikecam netizen kerana gagal mengendalikan Expo Kerjaya Terbesar Zon Utara 2017 di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.

Jobsifu.com bertindak sebagai penganjur ekpo kerjaya yang berlangsung selama dua hari sejak Sabtu.

Carian di Internet pada Ahad mendapati akses ke laman Facebook Jobsifu.com Malaysia gagal.
“Maaf, carian anda tidak tersedia pada ketika ini,” demikian ditulis dalam paparan carian di Facebook.

Menerusi carian di Internet, iklan mengenai expo tersebut dipromosikan dalam laman Facebook Jobsifu.com selaku penganjur pada Ogos lalu.

Malah, iklan expo tersebut turut menggunakan gambar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd Noor menafikan kerajaan Kedah terlibat dengan penganjuran dan penajaan ekspo tersebut.

Norsabrina dalam kenyataannya berkatam, program berkenaan adalah anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campur tangan dari kerajaan negeri dan penganjuran bebas.

“Saya akui menteri besar bagi pihak kerajaan negeri turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan, namun beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu.

“Saya juga difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitkan yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainya,” katanya.
Pada masa sama Norsabrina turut meluahkan rasa kesal dengan insiden yang berlaku.

“Sebagai mewakili kerajaan negeri saya kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak penganjur supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan isu-isu berkaitan supaya ia tidak mendatangkan masalah dan menimbulkan kemarahan mana-mana pihak khususnya kepada individu yang menjadi kumpulan sasar program ini,” katanya.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan reaksi balas jobsifu.com masih belum berhasil kerana panggilan tidak dijawab. – Mstar

Karnival kerjaya ‘cekik darah’ tiada kaitan dengan kerajaan negeri

ALOR SETAR 1 Okt. – Kerajaan negeri hari ini menafikan karnival kerjaya yang dianjurkan di sebuah hotel di sini mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia, Datuk Norsabrina Mohd. Noor berkata, Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 yang berlangsung petang semalam itu adalah program anjuran penuh pihak swasta tanpa sebarang campurtangan daripada kerajaan negeri Kedah dan ia adalah sebuah penganjuran bebas.

“Saya akui Menteri Besar bagi pihak kerajaan negeri turut menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan namun beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu.

“Saya juga difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitkan yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, sebagai mewakili kerajaan negeri beliau kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak penganjur supaya lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan isu-isu berkaitan supaya ia tidak mendatangkan masalah dan menimbulkan kemarahan mana-mana pihak.

Kekecewaan orang ramai tentang penganjuran program tersebut yang didakwa mencekik darah orang ramai yang hadir kerana menggenakan pelbagai bayaran termasuk untuk mendapatkan borang tular di media sosial sejak malam tadi.
- Utusan

Kerajaan negeri tiada kaitan karnival kerjaya berbayar

ALOR SETAR: Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com 2017 di hotel di sini semalam anjuran pihak swasta dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Datuk Norsabrina Mohd Noor, berkata karnival terbabit dianjurkan pihak swasta tanpa sebarang campur tangan dari kerajaan negeri Kedah.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menerima jemputan untuk hadir ke program berkenaan tetapi beliau memutuskan untuk tidak hadir atas alasan tertentu.

“Difahamkan berlaku sedikit kekecohan membabitkan yuran yang dikenakan oleh pihak penganjur, namun sehingga kini saya belum menerima makluman rasmi mengenainya.

“Saya mewakili kerajaan negeri rasa kesal dengan apa yang berlaku dan pihak penganjur perlu lebih lebih sensitif dan bertanggungjawab dengan isu berkaitan.

“Jangan wujudkan masalah dan menimbulkan kemarahan mana-mana pihak, khususnya kepada individu yang menjadi kumpulan sasar program ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, orang ramai terutama golongan muda melahirkan rasa kecewa dengan karnival kerjaya yang mengenakan bayaran sehingga membebankan pengunjung.

Perkara itu tersebar luas dalam laman sosial sehingga ada yang mengaitkan karnival terbabit dianjurkan kerajaan negeri. – Berita Harian

Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *