eBook Percuma Khas Untuk Anda!
ebook-percuma-buat-duit-daripada-rumah-bisnes-online
Dapatkan segera ebook percuma ini dengan mengisi borang di bawah.
Nama: 
Email: 
WhatsApp No:
Email Marketing by TrafficWave.net
Sila Periksa Email Anda Segera.
mmall-mface-diserbu-skim-perlaburan-haram

GEORGE TOWN: Beberapa akaun bank berjumlah RM58 juta dibeku susulan serbuan ke atas premis dan kompleks membeli-belah yang dikendalikan MBI Group International.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), akaun-akaun tersebut dibekukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001.

Pada Isnin, sekumpulan pegawai penguatkuasa dari pelbagai agensi menyerbu pusat logistik M Square di Kuala Lumpur dan M Mall, kompleks membeli-belah di Pulau Pinang di mana para pembeli menggunakan mata ganjaran kesetiaan untuk menukarkannya dengan barangan.

Serbuan itu diketuai kementerian, termasuk polis dan anggota dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), CyberSecurity Malaysia dan Bank Negara.

Satu sidang media berhubung perkara tersebut dijadualkan diadakan pada pukul 3 petang Rabu di Bahagian Penguatkuasa di KPDNKK di Putrajaya.

MBI International baru-baru ini diberi amaran peringkat akhir oleh Bank Negara Malaysia kerana skim kewangannya yang dipersoalkan.

Ahli skim itu membuat pelaburan wang dan akan mendapat sejumlah syiling maya sebagai pulangan.
Selepas tempoh tertentu lebih setahun, mereka boleh membuat pertukaran syiling tersebut kepada mata untuk dibelanjakan di beberapa perkhidmatan dan runcit di bawah bumbung MBI seperti M Mall.
Skim ini memberi pulangan besar setahun dan ia dipercayai merupakan skim kewangan yang diasaskan di Pulau Pinang yang paling lama beroperasi.

Sumber: mstar.com.my


RM177 juta dibekukan

SEBANYAK 91 akaun membabitkan jumlah RM177 juta dibekukan dalam serbuan Op Token ke atas skim Mfc Club atau Mface Club di Lembah Klang dan Pulau Pinang, kelmarin.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, serbuan dibuat membabitkan enam premis iaitu tiga di kediaman, dua di pejabat manakala satu di pusat beli-belah.

Menurutnya, serbuan dilaksanakan mengikut Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 selain akta dikuatkuasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Dalam serbuan ini, pelbagai dokumen, maklumat transaksi kewangan, peralatan komputer dan beberapa barangan mewah dan berjenama turut dirampas untuk siasatan termasuk dua jongkong emas, beg tangan, jam tangan dan barang kemas jed.

“Bagaimanapun, kita masih menyiasat jongkong emas, beg tangan serta jam tangan berkenaan sama ada ia tulen atau tiruan,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Katanya, setakat ini tangkapan belum dibuat dan siasatan sedang dijalankan berdasarkan maklumat serta bukti yang ada.

Operasi dijalankan itu turut membabitkan empat agensi lain termasuk BNM, SSM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Cybersecurity Malaysia.

 

Sumber: Harian Metro


Facebook Comments

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *